Oleh Izzah Abbasy
Menjadi public figure haruslah berdepan dengan pelbagai situasi. Suka mahupun tidak suka, ia sebahagian daripada dunia selebriti itu sendiri. Baru-baru ini Altimet dilihat bengang dengan tindakan peminatnya yang mengambil gambarnya tanpa kebenaran. Eh, dah menjadi satu undang-undang kalau nak ambil gambar artis yang diminati wajib minta kebenaran? Melalui laman Instagram beliau, Altimet telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang memegang telefon bimbit di kedai makan. Dakwa Altimet, lelaki itu mengambil gambarnya yang sedang menikmati soto di Shah Alam tanpa meminta izin darinya terlebih dahulu. Tindakan Altimet itu menyebabkan dia mendapat kritikan di media sosial. Majoriti berpendapat apa yang dilakukan Altimet keterlaluan. Disebabkan itu, Altimet telah memadam gambar peminat tersebut memandangkan kritikan hebat yang diterima. Katanya, ia ialah atas nasihat orang penting dalam hidupnya, iaitu ibu Altimet. Namun begitu, Amran Fans telah menyebarkan screencap komen-komen di Facebook Altimet sebelum ia dipadam. - CARI Infonet
Sehingga kini, Altimet masih menerima komen berbentuk sarkastik dari orang ramai berhubung ‘meminta izin’. |
9
Bagus |
8
Marah |
9
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
maxim replied at 22-11-2015 10:25 AM
Hek eleh. Muka pn penuh lubang2 jerawat ada hati nk fefeling org amek gmbar ko
ADVERTISEMENT