Washington: Sebuah keluarga menyaman Google selepas seorang ahli keluarga mereka maut apabila kenderaan dipandu jatuh ke dalam sungai selepas melalui jambatan runtuh kerana mengikut aplikasi navigasi Google Maps yang didapati sudah lapuk.
Mirror UK melaporkan Philip Paxson, dari North Carolina sedang memandu pulang untuk meraikan hari lahir anak sulungnya pada 30 September 2022. Kenderaan dipandu bapa kepada dua anak itu tiba-tiba terjunam ke dalam sungai Snow Creek, Hickory, dan dia disahkan mati lemas, menurut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh keluarga Philip. Mereka menyaman Google kerana kecuaian teruk dan menuduh ia gagal memastikan sistem navigasi itu dikemas kini.
Jambatan dilalui Paxson itu sebenarnya sudah runtuh hampir sedekad selepas dihanyutkan oleh banjir pada 2013, dan tidak pernah dibaiki. Menurut tuntutan mahkamah, ramai sudah memberi amaran kepada Google Maps mengenai situasi jambatan itu sebelum ini, hinggalah membawa kepada kematian Paxson, tetapi tiada tindakan diambil. Alicia, isteri Philip, berkata, sukar untuknya memahami bagaimana pihak yang bertanggungjawab sebagai menunjuk arah gagal mengesan pengemaskinian aplikasi navigasi sistem penentududukan sejagat (GPS) berkenaan. "Bagaimana mereka boleh bertindak tanpa mengambil kira kehidupan manusia. Anak perempuan kami bertanya bagaimana dan mengapa ayah mereka meninggal dunia, dan saya kehilangan kata-kata untuk menerangkan apa yang berlaku," katanya. Dikatakan ketika kejadian, cuaca gelap dan ribut yang mana Philip memandu melalui kawasan kejiranan tidak diketahui sebelum kenderaan dipandu terjunam dari kawasan tidak mempunyai penghalang atau tanda amaran bahaya. Pihak berkuasa menemui mayat Philip di dalam jipnya yang terbalik dengan sebahagiannya berada di dalam air. Sumber: Harian Metro
|
shernazz replied at 22-9-2023 01:35 PM
Jkr Sana tak buat keje EK..
Mmg jkr seluruh Dunia peel Sama je kan
supernaturalee replied at 22-9-2023 02:31 PM
jkr usa
yg lapor paper uk
Jitu replied at 22-9-2023 06:49 PM
jgn percaya sangat maps tu
tp penting jugak maps ni ye bila nak keluar dating
kotakbaju replied at 22-9-2023 09:20 PM
Jauh betul tu dating sampai kena guna maps
Jitu replied at 22-9-2023 11:31 PM
ehh mana ada dating tersalah tulis sebenarnya guna maps cari jln pintas je takde dating2
kotakbaju replied at 23-9-2023 12:22 AM
Yelah tu.
Sebenarnya guna maps nak cari jalan pintas untuk pegi dating
Jitu replied at 23-9-2023 11:22 PM
errr.....no komen
btw adoi td tgh layan koner ada kerbau tgh jln
kotakbaju replied at 23-9-2023 11:47 PM
Uih bahaya tu. Mana datang kerbau tu. Mujur tak bawak laju karang ke alam lain pulak
ADVERTISEMENT