Pelakon popular Nabila Huda mengakui dia tidak senang duduk serta sukar tidur pada waktu malam, gara-gara watak Nyai Sunarti dalam Teater Muzikal Lantai T Pinkie. Menurut Nabila atau nama sebenar, Nabila Huda Suhaimi, 39, watak Nyai Sunarti dalam teater arahan Dr Rosminah Tahir itu juga paling mencabar kemampuannya sepanjang berkecimpung dalam bidang lakonan.
"Saya terima tawaran buat teater muzikal ini kerana mahu menyahut cabaran buat monolog yang panjang serta tidak pernah dilakukan sebelum ini. "Namun, ia bukan sesuatu yang mudah kerana watak Nyai Sunarti bukan sahaja perlu berdialog dalam bahasa Indonesia, saya juga perlu bermonolog, menyanyi dan menari," katanya kepada Harian Metro. Nabila ditemui pada sidang media Teater Muzikal Lantai T Pinkie yang berlangsung di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, petang tadi. Hadir sama, Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said dan Penerbit teater, Siti Rohayah Atan.
Mengulas watak Nyai Sunarti lagi, kata Nabila, dia juga terbawa-bawa karakter Nyai Sunarti hingga ke rumah. "Suami juga berasa risau bila melihat keadaan saya yang menghafal monolog Nyai Sunarti siang dan malam di rumah. "Saya bukan sahaja 'over thinking' dan pernah juga berasa putus asa kerana bimbang tidak dapat bawa watak Nyai Sunarti dengan baik tetapi suami tetap beri semangat untuk saya sahut cabaran itu," katanya.
|
fadz84 replied at 22-9-2023 11:59 PM
Baca tajuk teater tu Lantai T Pinkie, teringat kat lineup asal Tiara J, Erma Fatima, Juhara Ayub & U ...
ADVERTISEMENT