CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Buka Semula Kedutaan Di Baghdad Selepas 20 Tahun Ditutup

22-9-2023 12:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3952| Komen: 3

New York: Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Iraq ditutup pada 2003 selepas pencerobohan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dan disokong negara sekutunya.

Presiden George W Bush ketika itu memberikan alasan kononnya mahu memusnahkan senjata pemusnah besar (weapons of mass destruction) dan menjatuhkan pemerintahan diktator Presiden Saddam Hussein.


ANWAR berjalan kaki dari tempat penginapan ke majlis Invest Malaysia hari ini. FOTO Bernama

Sejak itu banyak negara menutup pejabat kedutaan mereka dan operasi dipindahkan ke negara berdekatan, termasuk Malaysia yang menjadikan Kedutaan Besar di Amman, Jordan sebagai lokasi kedutaan.

Namun semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada rakan sejawatnya, Mohammed Shia' Al Sudani bahawa kerajaan memutuskan untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad.


Ia dinyatakan dalam mesyuarat dua hala mereka sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 (UNGA) di sini.

"Saya maklumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup.

"Kami juga berkesempatan bertukar pandangan terkait pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama," katanya.

Mereka turut bersetuju supaya mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang tertangguh sekian lama bersidang semula dalam masa terdekat.

"Ia akan menjadi platform dalam berbincang dan merangka skop kerjasama yang lebih mendalam antara Malaysia dan Iraq dalam pelbagai sektor, terutama ekonomi, pendidikan, hubungan udara, dan pelancongan, selain meneroka peluang kerjasama baharu," katanya.

Untuk rekod keputusan menceroboh Iraq diambil kerana AS mendakwa pejuang jihad Islam yang negara barat menggelar sebagai pengganas berpusat di negara Timur Tengah, termasuk Iraq.

Saddam juga didakwa sebagai pengganas dan melatih pejuang untuk menyerang kepentingan negara barat termasuk terhadap AS dengan merempuh dua bangunan pencakar langit World Trade Center (WTC) di New York menggunakan kapal terbang pada 11 September 2001 yang dikenali sebagai 9/11.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 23-9-2023 09:43 AM
Iraq ini worth untuk visit... Walaupun banyak monuments and artifacts ruined...
Quote kemaruk 23-9-2023 09:46 AM
Tatodnyaaaaa

Masih ada culik2 pastu kelar leher macam dalam video dulu2 tak
Quote edayildiz 23-9-2023 11:00 AM
mcm xbest je kalau kena work belah situ

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.198780 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top