CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Rohingya Dalang Sindiket Palsu Surat UNHCR Ditahan

22-9-2023 12:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4373| Komen: 9

Kangar: Sepasang suami isteri etnik Rohingya diberkas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis selepas terbabit dalam pemalsuan surat pertimbangan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berselindung di sebalik madrasah pengajian al-Quran.


Mereka dipercayai berselindung di sebalik madrasah pengajian al-Quran, ditahan di Simpang Empat, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib berkata, serbuan dilakukan di Kampung Permatang Pauh, Simpang Empat sekitar jam 10 pagi oleh 36 pegawai Imigresen negeri itu menerusi 'Ops Serkap' selepas menerima aduan awam.

Khairul (tengah) menunjukkan surar palsu UNHCR yang dirampas di sebuah madrasah di Kangar.FOTO AIZAT SHARIF

"Serbuan dilakukan terhadap tujuh buah rumah yang disewa oleh komuniti Rohingya negeri ini di kawasan itu di mana hasil pemeriksaan kita mendapati salah satu premis ini dijadikan madrasah untuk mengajar al-Quran kepada kanak-kanak etnik itu.

"Pemeriksaan selanjutnya menjumpai alatan komputer riba di mana di dalamnya terdapat 200 dokumen format PDF berhubung permohonan surat dalam proses pertimbangan UNHCR yang dipercayai palsu dipohon oleh warga Myanmar dari etnik itu yang tinggal dari pelbagai negeri dalam negara ini.

"Kita percaya suspek yang berkhidmat sebagai guru pengajar al-Quran berusia 30 tahun dan isterinya yang berusia 24 tahun ini mendalangi kegiatan ini sejak sekian lama," katanya kepada media di Pejabat JIM Negeri Perlis di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Perlis, di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu juga pihaknya turut menemui sijil pernikahan palsu yang digunakan oleh etnik berkenaan dipercayai turut dikeluarkan oleh sindiket berkenaan.

"Berdasarkan siasatan awal kita, suspek akan menerima permohonan surat itu menerusi aplikasi media sosial atau pemohon sendiri yang hadir menemui suspek di mana setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM50.

"Apabila surat itu siap, ia akan dimuat naik dalam bentuk PDF menerusi aplikasi WhatsApp atau lain aplikasi sebelum dicetak oleh pemohon sendiri.

"Semakan dalam komputer riba suspek mendapati terdapat 200 permohonan daripada warga Myanmar daripada etnik itu," katanya.

Khairul Amin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas dua komputer riba dan telefon bimbit dan sebuah tablet jenama Samsung.

"Selain itu, kita turut merampas sebuah pemacu 'pendrive', dua unit kad SD, dua set kad perniagaan, dua buku log atau rekod untuk pelajar dan bayaran proses UNHCR, wang tunai berjumlah RM5,300 serta beberapa sijil cetakan surat dalam pertimbangan UNHCR dan sijil nikah Rohingya Malaysia.

"Bagi pengeluaran sijil nikah kahwin etnik itu, kita percaya suspek juga bertindak sebagai kadi atau jurunikah etnik itu berdasarkan penemuan khutbah nikah dalam simpanan mereka," katanya.

Kedua-dua suspek direman selama 14 hari bermula semalam bagi siasatan mengikut Seksyen 56 (1A) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 22-9-2023 12:30 PM
Penonggeng gak ni. Berselindung balik madrasah pdhl buat keja harom
Quote Firenzza 22-9-2023 03:47 PM
Jangan la ganggu pati2 ni nti ada orang marah, x pasal2 kena buang daerah
Quote lanacondor 22-9-2023 03:56 PM
Syabas pihak berkuasa banteran habis habisan
Quote Tokeybundle 22-9-2023 04:33 PM
Semak btl la puak ni. Asyik buat hal je
Quote Page88 22-9-2023 06:21 PM
Should have checked better.
Quote antikorok 22-9-2023 06:37 PM
Halau pendatang puake ni balik semula naek tongkang ke tempat asal tu!
Quote brego 22-9-2023 07:22 PM
bagi org rohingya,
malaysia ni macam bohsia murahan

kangkang manyak luasss ,
semua jenis pendatang boleh try
asal kan di sogok dengan duit
Quote VirginLady 22-9-2023 07:28 PM
Tak ada ke satu pulau dalam dunia ni, kita campak diaorg kat situ pandai2 la nak survive.
Oleh sbb kita baik hati, ha baik hati luhur gitu bagi la sorang 1k untuk hidup, up lagi 2k. Masa campak sana tu pastikan ada cip dalam badan, di mana sekiranya merea2 ini mendayung sampan lalu mencecah peraiaran tanah melayu, selat ke teluk ke maka berlakulah renjatan elektrik maka kembalilah mereka ke pulau aka tanah saguhati tadi. Perlu direnjat juga jika masuk ke perairan jiran seperti siam/indonesia/brunei dan kawasan sekitar.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035484 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top