Ipoh: Polis Perak menyerahkan siasatan berhubung Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran susulan video tular baru-baru ini kepada Bukit Aman.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan akan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan asal atau laporan pertama mengenainya yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Katanya, hanya satu laporan diterima polis iaitu yang dibuat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jalinan Bersatu Sahabat (Jabat) Perak, semalam, yang meminta siasatan dan tindakan dikenakan terhadap Howard Lee kerana dianggap menghina Islam. "Di Perak, kita hanya menerima satu laporan berhubung dengannya dan laporan polis itu sudah kita rujuk kepada laporan asal yang dibuat di (Balai Polis) Jalan Tun Razak.
"Kes ini juga disiasat oleh pihak USJT Bukit Aman," katanya kepada pemberita sewaktu sidang media sempena kejayaan operasi rampasan ketamin bernilai RM1.5 juta serta penahanan lima suspek di perkarangan parkir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini. Semalam, media melaporkan Jabat Perak membuat laporan polis terhadap Howard Lee di Balai Polis Manjoi, di sini. Presiden Jabat Perak, Amiruddin Mohd Daud dilapor berkata, pihaknya merasakan tindakan Howard Lee sebagai sengaja menghina Islam memandangkan ahli parlimen itu bukan Muslim namun bertindak menafsirkan ayat di dalam al-Quran yang sekali gus turut menyentuh perkara 3R (agama, raja, kaum). Terdahulu, Ketua Dewan Pemuda Pas Perak turut menyifatkan Howard Lee sebagai kurang ajar dan cuba memprovokasi apabila mendakwa ahli parlimen DAP itu menjadi pentafsir kepada al-Quran dengan memutarbelitkan tafsir ayat 59 surah an-Nisa. Sumber: Harian Metro |
nutcrack8 replied at 22-9-2023 12:31 PM
PH skang da ade ulamak. Hebat. Lebai da die skang.
tungkai replied at 22-9-2023 12:18 PM
Nanti Menteri Agama madanon kata takde issue...next..
nutcrack8 replied at 22-9-2023 12:31 PM
PH skang da ade ulamak. Hebat. Lebai da die skang.
nutcrack8 replied at 22-9-2023 12:40 PM
DAP ade ulamak
B40tastePosh replied at 22-9-2023 01:01 PM
Semakin jauh bukan islam dari mendalami ilmu Al Quran.
nutcrack8 replied at 22-9-2023 12:47 PM
X hormat agama Islam sebagai agama persekutuan.
Ade yg hina agama ku, terasa bakar dijiwa ku {:1_53 ...
ADVERTISEMENT