Pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan anak lelakinya iaitu Muhammad Raizal Azrai, 27, atau Azal sedang berkawan rapat dengan seorang wanita asal Indonesia dikenali sebagai Rahmah. Zarina, 53, berkata, mereka bertemu sejak awal tahun lalu apabila sama-sama terlibat dalam festival jualan di Singapura namun hanya mula rapat sejak bulan lalu.
"Mereka sudah banyak kali berjumpa. Sekarang masih lagi dalam proses berkenalan. Hubungan mereka masih baru lagi. "Rahmah bekerja di Singapura dan sebab itu mereka sering berjumpa di sana," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Zarina sebelum itu berkongsi gambar Azal dan Rahmah, 26, berserta kapsyen mendoakan semoga pasangan itu bertemu jodoh. Tambah aktres ini dia juga tidak mahu meletakkan harapan tinggi hubungan anaknya itu akan berakhir ke alam perkahwinan dan sebagai ibu hanya mampu berdoa yang terbaik buat Azal.
"Soal jodoh itu urusan Allah. Saya tidak meletakkan harapan tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik... Azal juga ada perasaan. "Saya mahu seorang yang boleh menjaga dia nanti... Apabila tengok Rahmah saya pun suka sebab dia seorang pendiam, rajin, cekap bekerja serta pandai bawa diri," katanya. Bercerita lanjut Zarina memberitahu pada awalnya Azal sukar untuk menerima Rahmah kerana wanita itu bertudung. Dalam masa sama, Rahmah juga menerima baik keadaan Azal yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) autisme. "Dia (Rahmah) tahu kondisi Azal dan boleh menerima dengan baik. Azal pun boleh berdikari jika berniaga di sana. Azal ada kerja dan wang simpanan sendiri. Jadi tiada masalah untuk dia berkahwin. "Pada awalnya memang Azal tak suka Rahmah sebab dia bertudung. Namun saya terangkan kepada Azal carilah wanita yang pandai menjaga agama dan kemudian dia faham," jelasnya. Sumber: mStar
|
jiwakacau06 replied at 22-9-2023 11:52 AM
cukup ke syarat nak nikah pn....
Suchi replied at 22-9-2023 12:17 PM
Ada je mild autisme yg kawen
Dalam group autisme malaysia tu penah nampak dorang komen
Malah yg d ...
jiwakacau06 replied at 22-9-2023 12:34 PM
i ada abg oku... circle dia pn kwn2 yg oku yg kawin...
abg i xkawin sbb sapa nk tggung ank bini... ...
zuriey replied at 22-9-2023 12:36 PM
Teringat si fei mou lembam
kahwin siap ada ank
Harap yindon ni bkn nak duit semata
ADVERTISEMENT