CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN Lapor Polis

21-9-2023 09:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2550| Komen: 23

Kuantan: Pejabat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah video tular berkenaan harga barang yang membabitkan timbalan menteri berkenaan, Fuziah Salleh.


Laporan itu dibuat menerusi Pegawai Khas Fuziah Aidil Haryman Mat Nor, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini.


Menerusi laporan itu, Aidil Haryman memaklumkan tindakan itu bertujuan supaya siasatan segera dilaksanakan terhadap beberapa pengguna media sosial, yang catatan mereka dilihat berunsur fitnah dan menghasut rakyat agar mempercayai video lampau, yang tidak berkaitan dengan keadaan semasa.

"Saya merasakan bahawa perbuatan ini amatlah tidak bertanggungjawab dan menimbulkan spekulasi serta menjatuhkan kredibiliti dan maruah seorang menteri kabinet Malaysia, selain meremehkan usaha beliau sebagai seorang Timbalan Menteri.

"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau," katanya.


Aidil Haryman berkata tujuan asal video tersebut dibuat sebelum ini, untuk menunjukkan perbandingan harga Jualan Rahmah Bergerak, dengan harga yang diperolehi dari sebuah pasar raya tempatan di Pulau Langkawi, Kedah dan bukannya barang keperluan satu keluarga untuk sebulan.

Namun, video itudisunting oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan disebarkan oleh individu yang dipercayai dengan niat menghina dan mendatangkan kemarahan rakyat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Semalam, Fuziah dilaporkan berkata video yang membabitkan dirinya itu diambil di luar konteks dan ia adalah rakaman lama yang dibuat beberapa bulan lalu.

Video berkenaan memaparkan beliau membayar beberapa barangan berjumlah RM136.30 dan berpuas hati kerana dapat membelinya pada harga bawah RM200.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 22-9-2023 12:58 AM
Beberapa bulan pon still masa tu harga tak delah turun mana kak oii
Quote mojarean_X 22-9-2023 01:06 AM
Kerlasss ko acikk...terus lapor polis hokayy
Quote gigahertz 22-9-2023 01:22 AM
mojarean_X replied at 21-9-2023 05:06 PM
Kerlasss ko acikk...terus lapor polis hokayy

orang cuma tanya dia je soalan simple :barang yang dia beli tu utk berapa orang makan ?
barang tu utk seminggu atau sebulan ?
Quote lopalopa 22-9-2023 05:07 AM
Ada yg koyak tp bukan kertas
Quote firasAli 22-9-2023 07:14 AM
2 bulan tu bersamaan dgn 60 hari makcik
kucing mengandung pun belom sempat beranak

Sembang mcm dah 6 tahun berlalu
Quote otai_g 22-9-2023 07:19 AM
Pegi buat report polis plk. Patutnya ko bg hujah yg belanja 200 tu cukup sebulan bkn pg report polis. Mcm tu sama je la ko dgn si ebit ni
Quote nurul_akmar 22-9-2023 07:28 AM
Beberapa bulan, xdela lama sgt.. biasa video promosi mmg org pasang lama kn.. dlm 3,4 bulan. Adakah dia buat video tu utk ditayangkan seminggu je? Lgpon video tu ada disunting ke? Mmg dia kn yg buat video tu?
Quote shamsadis 22-9-2023 08:40 AM
daripada ko report polis, baik ko buat barang-barang boleh beli harga bawah RM200 untuk sebulan punya keperluan
Quote epullipan 22-9-2023 08:44 AM
terpaling kena provoke katanya..da ko buat content bangang memang kena le dengan netizen
Quote matseh 22-9-2023 08:45 AM
Ini akan memberi peluang Fahmi Fadzil ban segala akaun tik tok FB IG YT
Quote CiliPadiSedap 22-9-2023 08:48 AM
bila nak hukum rakyat , rakyat lawan, bila educate rakyat, rakyat boleh terima.

itu bezanya. lain rakyat lain spektrum, kena belajar tackle isu2 rakyat dengan berhemah.

Quote Kentot_Wangi 22-9-2023 08:54 AM
Nak jadi retis or ahli politik, kena la kental acik oi.... Tu pn bru sikit... Haha
Quote rain2169 22-9-2023 08:56 AM
kannn.... katanya video lama...
orang ingatkan lama tu last few years....
rupanya july..... adehhhh...
Quote cikatilia 22-9-2023 09:25 AM
kalau lama tu bodo2 sebelum covid ok la.. ni masih 2023 noks
Quote Miss_LoveLeen 22-9-2023 10:27 AM
Over ok kata video tu lampau, padahal baru berapa bulan. Video tu dibuat masa org dah mula bebunyik2 pasal kenaikan harga barang. Statement mcm video tu rakam on 90's. Bg penjelasan la oi. Bukan lagi lawan rakyat dgn buat tindakan2 mcm ni. Buat org tambah menyampah
Quote Miss_LoveLeen 22-9-2023 10:30 AM
cikatilia: kalau lama tu bodo2 sebelum co ...
meolss saspek makcik ni lembam matematik. Tu sebab semua kira2 dia hauk. Kira masa rakaman video pun tak betul, buat perbandingan harga barang pun kelaut.. dah kena kecam bertubi2, terus koyak & buat report.
Quote Miss.Rara 22-9-2023 10:46 AM
dia yang post bideo minta kena kecam..dia pulakkkk nak report pulisss..

makcik dan pengiring makcik ni semua bebal..

jaman madanon ni makcik jgn buat main dgn netijen tau makcik..

netijen skrg perati jerr perangai menteri madanon..

ramai sgt menteri madanon yang bangang...







Quote amyza82 22-9-2023 10:49 AM
Hidup lagi makcik Lynas ni
Quote Firenzza 22-9-2023 10:55 AM
nurul_akmar replied at 22-9-2023 07:28 AM
Beberapa bulan, xdela lama sgt.. biasa video promosi mmg org pasang lama kn.. dlm 3,4 bulan. Adakah  ...

Iols sllu tertipu gmbr hotel booking kt trivago indah khabar dari rupa.........
rupanya dlm iklan gmbr 10 tahun lps.....xde la plk nk buat report pulis bagai

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.103811 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top