CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faiq Bolkiah Curi Tumpuan Selepas Jaringkan Gol, Kekal Pemain Terkaya Dunia Atasi Ronaldo, Messi

21-9-2023 09:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3461| Komen: 28

Pemain bola sepak terkaya di dunia kembali mencuri tumpuan selepas menandatangani kontrak dengan menyertai kelab baharu, Ratchaburi.

Memetik portal Sport Bibble, Faiq Bolkiah, 25 membuat penampilan keduanya bersama Ratchaburi saat menghadapi Police Tero dalam Liga 1 Thailand, pada Sabtu.



Dia kini kembali dalam senarai sebagai penjaring gol selepas masuk dengan baki 20 minit masa biasa, menjaringkan gol keenam dan terakhir Ratchaburi pada minit keempat masa tambahan.

Kemenangan berpihak kepada Ratchaburi menentang Police Tero dalam liga utama Thailand, dengan pasukan Faiq mengutip tiga mata selepas kemenangan dominan 6-1.

Sebagai anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bersih kira-kira AS$20 (RM93.9 bilion).

Nilai tersebut melebihi kekayaan dua bintang bola sepak tersohor, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.


Di sebalik kekayaannya, Faiq berpengalaman di padang bersama Chelsea, Arsenal dan Leicester.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 21-9-2023 10:47 PM
Macho n berkerjaya lah dr nan sorg jd pojaan itu
Quote hyie 21-9-2023 11:15 PM
kalau heols ni anak nobody, idok le dapat no syatuuu kan noks.
Quote JunkMail 21-9-2023 11:29 PM
Paling kaya sebab background. Idok la sebab main bola macam Ronaldo dgn Messi tu.. ayooo nak banding pun biarlah sekufu fakta nya
Quote mojarean_X 22-9-2023 01:12 AM
Ni iols respect. Dia minat bola dia jd pemain bola.
Quote kaedahnya 22-9-2023 02:10 AM
rupa paras dia pun ada mari
Quote sharlenetexas 22-9-2023 02:27 AM
AS$20 (RM93.9 bilion)

Betul ke tu? Billion?

Quote sharlenetexas 22-9-2023 02:30 AM
Anak pakcik jefri rupanya. Jgnlah menurun perangai bapak.

Quote babynina30 22-9-2023 08:04 AM
sharlenetexas: Anak pakcik jefri rupanya. Jgn ...


Hazabun apaknya. Dh insof ke dh tetua ni dok ada patung cendana lg ke pakcik ? Bini merata. Heols ni omak negara B juo kan ? Muka nusantara je dikkk . Yg pinoy tu muka lain sket
Quote syamzana 22-9-2023 08:32 AM
JunkMail replied at 21-9-2023 11:29 PM
Paling kaya sebab background. Idok la sebab main bola macam Ronaldo dgn Messi tu.. ayooo nak banding ...

dia ni kaya sbb kerabat brunei ke?
iols baru nak kagum ingatkan dia kayaraya hasil sepak bola. cehhh
Quote B40tastePosh 22-9-2023 08:37 AM
Keturunan Bolkiah ni memang baka elok elok ye.
Quote lasagna 22-9-2023 08:51 AM
alaaa tu kekayaan harta aset sendiri.
bukan dr hasil main bola. salah kiraan artikel ni.
cissss trkojut aku baca td.
Quote pittjie 22-9-2023 08:55 AM
B40tastePosh replied at 22-9-2023 08:37 AM
Keturunan Bolkiah ni memang baka elok elok ye.

yang laki ramai jgk yang rupawan. yang perempuan susah nak jumpa. sorry .. meols jujur je. eh kjp .. baka elok maksud uols ni rupa paras ke? hahah

Quote darkness 22-9-2023 09:10 AM
Tang mana heloknya budak ni?
Quote B40tastePosh 22-9-2023 09:11 AM
pittjie replied at 22-9-2023 08:55 AM
yang laki ramai jgk yang rupawan. yang perempuan susah nak jumpa. sorry .. meols jujur je. eh kjp  ...

Poket, Otak dan Rupa.

Quote B40tastePosh 22-9-2023 09:12 AM
darkness replied at 22-9-2023 09:10 AM
Tang mana heloknya budak ni?

Dia ni kalau kat Malaysia macam muka budak kg yg nakal dengan syabu nye.
Quote Rajawali 22-9-2023 09:15 AM
Sebagai anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Faiq dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bersih kira-kira AS$20 (RM93.9 bilion).




teruk sungguh duit malaysia ni...dah level zimbabwe
Quote nazurah 22-9-2023 09:16 AM
muka dia biasa2 jek macam abam askar lepas kena botak kepala...
tp tabik la... lahir dalam dulang emas tetap jua main bola, walhal dia mungkin boleh beli kelab itu.
Quote tahanie 22-9-2023 09:55 AM
Ingatkan kaya sebab gaji. Takkanlah ada bigger football player than messi, ronaldo yang aku tak tahu
Quote abadi84 22-9-2023 10:14 AM
Kaya sampai dia yg bayar kelab utk dia dapat main bola..[em:3:]

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039150 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top