CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Suka Nak Ambil Tahu. Malas!” - Neelofa Tak Selesa Ulas Gosip Rumah Tangga Nabila, Engku Emran

21-9-2023 09:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8079| Komen: 58

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa kurang selesa mengulas gosip membabitkan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dengan Engku Emran.

Katanya, walaupun adik beradik, dia mengambil pendekatan tidak melayan desas-desus sebaliknya mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga.



“Saya tak suka nak ambil tahu. Malas! Kita adik-beradik memang sentiasa mendoakan yang terbaik, dalam apa-apa keadaan sekali pun. Bahagia ke, tak bahagia ke kita doakan yang terbaik.

“Sesungguhnya saya tak ambil tahu dan tak pernah tanya pun,” katanya ketika ditemui HibGlam pada pelancaran kolaborasi Disney x Naelofar, petang tadi.

Diminta mengulas sama ada Noor Nabila ada meluahkan isi hati, Neelofa berkata, kakaknya itu tidak pernah berbuat demikian.

Malah akui isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail itu, setakat ini dia tidak nampak sebarang perubahan emosi kakaknya.



“Kalau (cerita) dengan saya tidak, tetapi mungkin dengan adik beradik lain. Dia pun tahu saya ada banyak perkara lain yang kena fokus.

“Sepanjang tempoh ini dia biasa sahaja, jadi saya pun tak tanya. Kecuali kalau dia telefon saya secara peribadi dan cerita, itu lainlah,” katanya.

Bekas hos program MeleTop itu membalas pertanyaan media berikutan tindakan abang iparnya memadam foto Noor Nabila, sekali gus menghangatkan kembali khabar angin perpisahan mereka.

Terdahulu, sekitar Februari lalu tercetus desas-desus perkahwinan pasangan terbabit di ambang perpisahan apabila dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung.

Gosip berkenaan reda seketika sehingga baru-baru ini kembali hangat diperkatakan selepas Engku Emran tidak kelihatan di majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak tirinya, Jebat Jayden.

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu adalah zuriat hasil perkahwinan Noor Nabila dengan aktor Sharnaaz Ahmad yang berpisah pada 9 Julai 2020.

Sebelum ini Engku Emran pernah bergelar suami kepada aktres Erra Fazira serta pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella, tetapi kedua-dua perkahwinan itu kecundang di tengah jalan. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote katakauu 21-9-2023 09:38 PM
sembanggggggggg~~~
Quote Orgkgdukobesi 21-9-2023 09:50 PM
Eleh...cakap jer lah it's all about me , me and me. Nobody can steal the limelight hokay
Quote Diamondmoney 21-9-2023 09:58 PM
Yasss boom yasss boommm
Quote Diamondmoney 21-9-2023 10:04 PM
Jah ko sbnrnya tak kena pakai skrit. Nmpak peha punggung dan perut yg lebar.elok pakai jubah kot tak nmpak
Quote MatDeghem 21-9-2023 10:07 PM
Malas nak ambil tahu? memang kami tahu yang kamu tu pemalas.
Si billy tu pun kamu hantar ke child care....dasar pemalas

Pemalas, gundu dan hilang ingatan.
Quote cari.shaz 21-9-2023 10:13 PM
jah tak pantang elok ke lepas beranak tu? kena workout lebih lah to lose all that weight. sbb nampak sangat dah g***k despite all that textile to cover up
Quote Anne15 21-9-2023 10:16 PM
Lama betul tak nampak laki kakak dia..pelik betul
Quote Tudungpink 21-9-2023 10:18 PM
Sembang babi pun boleh terbang..
Nek tini bgtau tak tgk iG lemak
Lopa tak ambik tau hal kakak kawin cerai

Tapiiiii

Bila start perli memerli dlm iG esok lusa semua kaum kerabat ada termasuk yg kata tak ambik tau tu

Yass boom
Quote Manusiabesa 21-9-2023 10:21 PM
Hahahaha jah sndiri pun dh mls nk kira berapa laki jenab. Dpt satu, xhrgai. Laki salah sikit dh nk tukar laki baru. Mcm tukar baju je jenab buat kt laki. Mmg padan la jah dh mlas. Kejap dgr cerai.kejap dgr nk kawen. Penat2 satu team sskjp tlg merewang xsmpai sthun dgr jenab nk kote baru. Jenuh la md nor nk dtg walikan anak, jenab saja dh nk masuk 4x. Hahahah lawak nya anak2 mama
Quote babynina30 21-9-2023 10:44 PM
Sara dgn laki mana skrg ? Blk ke ex 1st ?
Quote babynina30 21-9-2023 10:44 PM
Sara dgn laki mana skrg ? Blk ke ex 1st ?
Quote babynina30 21-9-2023 10:44 PM
Sara dgn laki mana skrg ? Blk ke ex 1st ?
Quote babynina30 21-9-2023 10:45 PM
Adess sorry terpostbyk kali
Quote I.K.A888990 21-9-2023 11:06 PM
macam tu jgk kot nek tini malas ank ambil tahu pasal menantu useless npd bangla dia tu puihhhh
janji me me me me npd npd npd mendonia and viral kan
Quote zallama 22-9-2023 12:04 AM
Jgn 27 september nih kot2 tunjuk pic abbas..hahaa
Quote MeowPARSI 22-9-2023 12:10 AM
Yg gi Tanya lopak way mende,,, dah mmg sheraiiii pun hahaaa,,, I want new penishhh
Quote minahmanja 22-9-2023 12:24 AM
zallama replied at 22-9-2023 12:04 AM
Jgn 27 september nih kot2 tunjuk pic abbas..hahaa

Ade apa 27hb ni u..
Quote habisnamadahni 22-9-2023 12:40 AM
minahmanja replied at 22-9-2023 12:24 AM
Ade apa 27hb ni u..

birthday yang paling manis la a.k.a seteru
Quote bedahmenjuyah 22-9-2023 01:06 AM
minahmanja replied at 22-9-2023 12:24 AM
Ade apa 27hb ni u..

Besday seseorg yg femes

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.137745 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top