CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengawal Keselamatan Berdepan Jel 50 Tahun Rogol, Cabul Remaja

21-9-2023 09:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1759| Komen: 7

Johor Bahru: Seorang pengawal keselamatan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan merogol dan mencabul seorang remaja berusia 18 tahun, pertengahan bulan ini.

Tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V.M Mabel Sheela.

NIK MUHAMAD MAZRUL HISSAM didakwa atas dua pertuduhan merogol dan mencabul seorang remaja di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Nik Muhamad Mazrul Hissam Nik Mazlan, 31, didakwa merogol mangsa kira-kira pukul 2 petang di sebuah rumah di Pasir Gudang, 14 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan seks luar tabii pada masa dan lokasi yang sama.


Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Diyana Zubir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 31 Oktober depan. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 21-9-2023 09:38 PM
Dua kes rogol keluar berita td. Yg Rohingya rogol di blurkan gambar. Yg org Malaysia di tunjuk gambar.. kesalahan yg sama tu.
Quote gigahertz 21-9-2023 09:47 PM
lanacondor: Dua kes rogol keluar berita td. Yg Rohingya rogol di blurkan gambar. Yg org Malaysia di tunjuk gambar.. kesalahan yg sama tu.

yang rohingya tu dah di dapati bersalah. kenapa di blur gambarnya?
biasanya yang blur blur ni Jepun
Quote Skuau 21-9-2023 09:58 PM
rohingya 21-0 msia
#AriniPerintahSokRegaMinyakRm1.50
#SelamatMlmRohingya
                    
Quote imransulaiman 21-9-2023 10:41 PM
Hahaha part Jepun tu aku ter-gelak
Quote tumpanglalu74 21-9-2023 11:35 PM
Makwe dia ke?  Macamane mangse leh berade di rumah tersebut?  Ko gendong atas bahu ke macam caveman?  Ke kes crettt pastu blah yang bersalin kulit jadi kes rogol??
Quote tumpanglalu74 21-9-2023 11:40 PM
Edited by tumpanglalu74 at 21-9-2023 11:42 PM

Weh ade fesbuk lak tu..

Ade wife & anak.  Kaki Smule ni bukan mat jiwang je ke?  So sape budak pompuan 18 taon tu?  Penyondol kah??

https://m.facebook.com/profile.php/?id=100023636320746

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050778 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top