Kluang: Penunggang motosikal berusia 21 tahun yang tular kerana melakukan onani di tempat awam pada 17 September lalu, berjaya dicekup polis, semalam. Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek seorang lelaki tempatan ditangkap di Taman Intan di sini, kira-kira 1.30 petang.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan saringan ujian air kencingnya didapati negatif. "Polis melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam. "Polis mengesan satu video tular berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1 pagi. "Suspek melakukan perbuatan onani di sekitar Taman Delima, di sini. "Kes disiasat dibawah Seksyen 377 D Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, jika suspek disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun.
Sumber: Harian Metro
|
Thunderclouds: Bidio mana bidio?
lanacondor replied at 21-9-2023 09:51 PM
amboi... nk bt apa bidio chuols
ADVERTISEMENT