CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tunjuk Bukti Wang Kertas RM10 Boleh Beli Macam-Macam Di Pasar Malam

21-9-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7330| Komen: 78

PETALING JAYA – Seorang lelaki menunjukkan ‘bukti’ wang kertas RM10 ‘sebenarnya’ boleh membeli pelbagai makanan dengan kuantiti yang banyak di pasar malam.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki tersebut mempamerkan ‘bukti’ itu dengan membeli pelbagai makanan antaranya RM1 bersamaan lapan tongkol jagung, empat botol susu berperisa berharga RM1, dua paket asam yang juga berharga RM1 serta 30 cucuk sate berjumlah RM1.



Lelaki itu juga membeli lapan kuih dorayaki berharga RM1, satu aiskrim juga berharga RM1 serta mempunyai lagi baki RM4.

“Pergi pasar malam. Siapa kata barang mahal. Kita nak buktikan, kita jalan di pasar malam, RM10 saja bawa. Saksikan,” katanya pada video tersebut.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik lelaki itu sebenarnya bersifat sindiran dan sarkastik susulan pelbagai isu berhubung harga barang naik yang sering menjadi topik perbincangan orang ramai pada masa ini.




Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video tersebut selain ‘bersetuju’ wang kertas RM10 boleh membeli pelbagai barangan sekali gus disifatkan murah.

“Kat mana tu, jom serbu pasar malam yang murah sangat tu,” kata seorang pengguna Facebook secara berjenaka.

“Mahalnya sate 30 cucuk seringgit bang. Tempat saya 50 cucuk siap ketupat 10 biji,” komen seorang lagi pengguna sengaja ‘menghangatkan’ suasana.

“Tolong kongsi lokasi pasar malam bossku. Harga syurga,” komen seorang lagi pengguna Facebook. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 21-9-2023 07:28 PM
Kt Malaysia ni sikit lagi org start merusuh baru nak sedar. Ni org tgh sabar lagi ni.
Quote Firenzza 21-9-2023 07:37 PM
lanacondor replied at 21-9-2023 07:28 PM
Kt Malaysia ni sikit lagi org start merusuh baru nak sedar. Ni org tgh sabar lagi ni.

ada 3 benda org boleh hilang akal, boleh membunuh & dibunuh
1. Xde makanan
2. Terancam
3. Xde duit
Quote clara_nur 21-9-2023 07:45 PM


dulu, rm10 boleh dpt mcm2 kt pasar malam..
skrg ni, beli 2 barang pon habis sepuluh ringgit

me antara org yang suka cari makan di pasar malam hujung2 mggu..
tp sedih wei peniaga pasar malam lagi ramai dari pembeli
lps covid hari tu, meriah kejap pengunjung2 ke pasar malam..
skrg ni, senduuu..bole bilang dgn jari jaa berapa org yg pi beli kt psr mlm,,


Quote kemaruk 21-9-2023 07:48 PM
Teringat dulu @lazim pusing2 pasar malam cari.makanan murah
Quote Skuau 21-9-2023 08:00 PM
kalo aku beli garam rega rm10..ko boleh makan 2-3 bulan....ko nak nak...
Quote VespaSilbe 21-9-2023 08:16 PM
Siyes la satay 30 cucuk rega gitu.. aku tak bodoh.. mana dapat susu lembu harga cemgitu.. nih cerita 20 tahun lepas ke acaner
Quote Belibis 21-9-2023 08:25 PM
VespaSilbe: Siyes la satay 30 cucuk rega g ...

Konten menganjing menteri la bro..
Quote edayildiz 21-9-2023 08:32 PM
apanya beli ncm mcm..
air rm3..balance rm7 tu beli kuih seri muka blh lam.kopok ke..kalau ns xcukup la..
entah la i dun like p psr mlm....lgpun xde cash je selalu...kalau dorg terima qr ok jur
Quote zuuu 21-9-2023 08:35 PM
clara_nur replied at 21-9-2023 07:45 PM
dulu, rm10 boleh dpt mcm2 kt pasar malam..
skrg ni, beli 2 barang pon habis sepuluh ringgit:sweat3 ...

Setuju sanggat,aq pon dh lama x g pasar malam skrg...
Quote lazim 21-9-2023 08:50 PM
kemaruk replied at 21-9-2023 07:48 PM
Teringat dulu @lazim pusing2 pasar malam cari.makanan murah

Salah org ni. Lazim xminat pi pasar mlm. Lazim minat beli ikn lelong jah
Quote hasniey 21-9-2023 08:53 PM
Mana org2 bersih dulu?g la buat prhimpunan sana.buat la bantahan.time korg pmbangkang asal ada isu lajuu je buat prhimpunan.xkan skrg syp je
Quote Thunderclouds 21-9-2023 08:59 PM
Tganggu aku ngn dia punya ketibas.
Belengas 1 badan oi!
Quote shernazz 21-9-2023 09:02 PM
Iols kalau bawak anak2 gi pasar.malam...
Rm50 paling kurang lah..
Depa Ni suka beli Ayam gunting n.corndog..
Sayur2 iols beli rm10..
Quote syamzana 21-9-2023 09:08 PM
shernazz replied at 21-9-2023 09:02 PM
Iols kalau bawak anak2 gi pasar.malam...
Rm50 paling kurang lah..
Depa Ni suka beli Ayam gunting n.c ...

sayur2 haiwan pelbagai tak mahal ke pasar mlm?rasa kat tmpt i neh lagi mahal dari pasaraya
Quote krustykrab 21-9-2023 09:29 PM
Firenzza replied at 21-9-2023 07:37 PM
ada 3 benda org boleh hilang akal, boleh membunuh & dibunuh
1. Xde makanan
2. Terancam

Harap² mati awal la sblm rusuhan ni semua. Tak sanggup tengok
Quote gigahertz 21-9-2023 09:50 PM
Firenzza: ada 3 benda org boleh hilang akal, boleh membunuh & dibunuh1. Xde makanan2. Terancam3. Xde duit

3 sebab kenapa malaysia masih x bankrupt mcam sri lanka
a) Hutang
b) Subsidi
c) Ewallet
Quote lanacondor 21-9-2023 10:05 PM
Awal 2000 durian 1 bakul rotan tu baru rm10...
Sedihnya la hidup.. skg sebijik cenoet durian rm20
Quote Nurul8001 21-9-2023 10:23 PM
krustykrab replied at 21-9-2023 09:29 PM
Harap² mati awal la sblm rusuhan ni semua. Tak sanggup tengok

Seram, kann. Saya harap saya tak hidup lama sangat. Tapi, mati lepas anak2 dah boleh hidup berdikari. Tapi, bila demer dah boleh berdikari, kesian pulak kalau kena hadap rusuhan bagai
Harap Malaysia ni aman2 lah. Walaupun kita semua tau, satu masa nanti memang akan jadi huru hara, maksud saya, time2 dajjal turun
Quote shernazz 21-9-2023 11:35 PM
syamzana replied at 21-9-2023 09:08 PM
sayur2 haiwan pelbagai tak mahal ke pasar mlm?rasa kat tmpt i neh lagi mahal dari pasaraya

Sayur ikat2 mur Saja...
Boleh la sekali Makan setiap jenis...
Haiwan iols tak beli di pasar..mahal

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042071 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top