Sebelum ini Neelofa dikutuk kerana pakai baju tuck in yang didakwa menampakkan tubuh badan. Namun Neelofa memaklumkan dia akan mendapatkan kebenaran suaminya Haris Ismail dari segi pemilihan pemakaian setiap kali sebelum keluar rumah.
Menurut Neelofa, dia juga sentiasa akan memastikan pemakaiannya yang dipilih tidak menampakkan susuk tubuhnya.
“Setiap kali saya keluar rumah, saya akan dapat ‘green light’ dari suami. Kalau ada yang dia tegur macam ‘singkat di belakang ini’, jadi saya akan tukar. Kalau suami saya kata okay, saya keluarlah.
“Selagi tak nampak sosok tubuh, bentuk paha, betis dan tudung dilabuhkan, semuanya okay,” kata Neelofa kepada Gempak. Bertanya mengenai keterbukaannya menerima kecaman tanpa putus dari orang ramai, Neelofa tetap tersenyum dan mengambil setiap teguran secara positif.
“Kalau awak tutup mata saja pun, orang tetap akan kecam juga. Tudung kena dilabuhkan, tutup bahu dan macam-macam lagi. Kita cuba yang terbaik untuk jadi lebih baik, kalau orang nampak kekurangan dan kesilapan, dan tegur dengan baik, alhamdullillah.
“Kita pun banyak benda nak belajar lagi. Alhamdullillah saya pun ada pasangan yang sentiasa bantu saya,” katanya.-CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|