CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siap Bagi Hantaran RM15,000- Lelaki Tertipu Ingatkan Nak Kahwin Dengan Anak Dara, Rupa-Rupanya Lelaki Tua Menyamar

21-9-2023 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3857| Komen: 13

Seorang pekerja di sebuah syarikat perlombongan yang terpikat dengan seorang gadis dan nekad mahu mengahwininya.

Namun malangnya, bakal isterinya 'kantoi' bukanlah perempuan sejati, sebaliknya adalah lelaki.


Bukan setakat identiti ditipunya, malah pelaku juga meminta hantaran bernilai 50 juta rupiah (RM15,280) daripada mangsa.


Foto: Kompas.com

Tribun Jatim melaporkan, lebih menyedihkan apabila wang yang sepatutnya dijadikan sebagai mas kahwin itu, digunakan untuk membeli barang keperluan harian dan bermain loteri.

Siapa sangka gadis yang bakal dikahwininya itu rupa-rupanya seorang lelaki tua berusia 53 tahun.

Suspek menyamar sebagai pelajar perempuan dan menipu melalui laman sosial Facebook.

Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar dan ditahan polis di kediamannya di Tinggimoncong, Gowa di Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia, pada Jumaat lalu.


Memetik laporan Kompas, Polis Sulsel bahagian jawatankuasa jenayah siber, AKP Iqbal Usman E berkata, suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung dengan nama akaun Facebook seperti wanita, untuk menipu mangsa.

Suspek turut mengakui dirinya berusia lingkungan 20-an dan bersedia untuk berkahwin.

"Mangsa berusia 35 tahun, berasal dari Makassar.

"Suspek kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut," kata Iqbal kepada pemberita pada Selasa. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 21-9-2023 05:50 PM
bodohhh
Quote che-cikL 21-9-2023 06:16 PM
Sama bodoh dgn TT bukak berita caprut
Quote antikorok 21-9-2023 06:41 PM
Priskiess tersengih kerang busuk namampos sambil berteriak malu-maluin saya dengan karenah warga saya
Quote gigahertz 21-9-2023 09:54 PM
kelip2_07: bodohhh

yang kena tipu tu mesti perempuan x nak kat dia.
pastu nampak je perempuan cantik reply message
dia terlompat lompat cerita dengan satu dunia

Quote laqoyah 21-9-2023 11:07 PM

Quote slyfynx 21-9-2023 11:36 PM
EH, jadi malu-maluin friskies
Quote kakikuDibibirmu 21-9-2023 11:46 PM
Tertipu tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa
Quote kaedahnya 22-9-2023 02:12 AM
melampau jugek catfish dia ni huhu
Quote kepompong 22-9-2023 07:05 AM
i ada kawan (marryjane) yg terlompat2 angau bila profile fb muka org timur tengah tapi reside kat US  dm dm ajak dia kawen. Tak faham kenapa dia percaya . Jenuh i ckp dia bodoh (sbb obviously mmg bodoh pun) sbb rasa itu benda betul (dia ckp kat i manatahu rezeki - she sejenis yg think positif) . Bertahun jugak dia meratib bila dia terpaksa tinggalkan mamat tu sbb ada 3 anak kat malaysia camne nak pegi US . Kuin kepam gemok je yg gegeh tinggalkan anak2 demi mengejar lemang hangus  kihkihkihhh
Quote boo03 17-11-2024 05:28 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.200696 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top