CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terserempak Masa Isi Minyak,"-Abang Proton Dedah Detik Perkenalan Dengan Sherry Alhadad

21-9-2023 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11007| Komen: 75

Individu yang dikenali sebagai Amir Mokhtar atau Abang Proton akhirnya mendedahkan detik perkenalannya bersama Sherry Alhadad.

Di TikTok, Abang Proton memaklumkan, dia mula berkenalan dengan Sherry sejak 15 Julai 2019 ketika dia sedang mengisi minyak di Kota Damansara.




“15 Julai 2019, terserempak beliau masa isi minyak di Kota Damansara. So begitulah cara kami berkenalan sehinggalah ke harini kami berkawan baik,” katanya.

Sebelum terserempak dengan Sherry di stesen minyak, dia baru sahaja selesai makan tengah hari bersama rakan-rakannya sebelum berhenti mengisi minyak kereta dan tersedar bahawa kereta Sherry berada di sebelah kereta miliknya.

Dan, selepas sebulan berkawan, Sherry akhirnya menjadi salah seorang klien tetapnya sehinggalah ke hari ini.



“Julai 2019, saya baru balik dari meeting di office dan kemudian lunch bersam ageng kutu di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan balik tu saya singgah isi minyak di Kota Damansara. Kereta Sherry di sebelah kereta saya. Kemudian saya tegur dia dan dia sangat humble dan friendly datang ke kereta saya dan minta izin untuk selfie. Masa tu tangan saya ketar.

“Alhamdulillah dapat jumpa Sherry akhirnya dan selepas beberapa bulan berkawan dia jadi pula klien saya,” jelasnya.

Meskipun gembira dengan hubungan silaturrahim yang terjalin, Abang Proton bagaimanapun memohon maaf sekiranya hantaran TikToknya  sebelum ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat Sherry.

“Saya faham beliau mempunyai ramai peminat saya salah seorang dari mereka. 

“Maafkan saya kalau video sebelum ini mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat Sherry.

“Ya saya sangat berbangga dapat berkawan dengannya. Insan baik yang tak pernah lekang dengan senyuman,”ujarnya.

Terdahulu,  Sherry dan Abang Proton kelihatan menghabiskan masa bersama-sama dengan menikmati hidangan di sebuah restoran terkenal di ibu kota. -CARI

Sumber

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 21-9-2023 05:39 PM
Teman tapi mesra ke ni?
Quote ezacbee 21-9-2023 05:43 PM
Oo dia ni laa tengok lat TT. Ingatkan bf sherry tibe xngaku. Dah ko record bagai. Gedik tul.

Sherry relax je. Jgn layan sgt abam proton tu, dia gila glamer...

Quote prince_marhaen 21-9-2023 05:50 PM
mamat ni memang saja acah2 buat content tertanya2... walhal client insurans je pun.. gaya pun cam nonok2 suka attention.. buat content macam NPD person...syok sendiri..
Quote sleepandream 21-9-2023 07:59 PM
hahahhaha... jadik gentleman la... make first move kalau dah suka...
sian sherry tertunggu2 tu....
Quote gekkou 21-9-2023 09:13 PM
nk OT
menyampah dengan Dina nazir
asal buka mulut je
mesti merentan pasal tak kahwin2
tengah host event tu sempat merentan tak laku2
Quote kotakominami 21-9-2023 09:19 PM
Tgok laki ni teringat plak cite 200 pound beauty...yg mamat tu couple dgn kawan heroin tu sebab nk jual bilik sauna....
Quote AWEKSAMURAI 21-9-2023 09:26 PM
Kami nak Sherry dgn Han Bi Yul xnk dgn abg proton muka lapaq perhatian ...kiki
Quote Rotipitadaging 21-9-2023 09:35 PM
Eleh marketing je ko...sebut je la nama sendiri...nk jugekkkk sebut protong
Quote AWEKSAMURAI 21-9-2023 09:40 PM
gekkou replied at 21-9-2023 09:13 PM
nk OT
menyampah dengan Dina nazir
asal buka mulut je

Alahai aku ni 10 tahun dlu kwen laki aku berat aku 98kg tau sampai skrg x kurus2 dok lah 119kg ada season aku punya berat 127kg weh elok je aku berlaki .. jd gemok ni kena nampak wangi .. jgn nampak kepam kena tau badan kita bleh pakai cmne Okey ke x ..? Ni aku tunjuk pic aku yg gemok ni .. gemok jgn mcm tong sgt kena ada lekuk2 jugak. . Baju itam berat 118kg tahun lepas bulan 10 .. baju kaler2 berat 120kg bulan 6 hahah
Quote kakasotong2 21-9-2023 10:05 PM
Heols ni bukan abang proton tapi abang insurans

Ingat sangat la dia ni sebab dulu macam try nak tackle FS tapi xkesampaian. Siap bawak beraya kat kampung lagi tu

Mak Amir ni tengah sakit sekarang. Asyik keluar masuk wad je. Memang anak mak sangat dia, jaga betul2 mak masa sakit.
Quote babyorange 21-9-2023 10:09 PM
gekkou replied at 21-9-2023 09:13 PM
nk OT
menyampah dengan Dina nazir
asal buka mulut je

Nk tumpang OT jgk.

Tu blom lg si fafau. Lagi terpaling
Quote sharlenetexas 21-9-2023 10:10 PM
AWEKSAMURAI replied at 21-9-2023 09:40 PM
Alahai aku ni 10 tahun dlu kwen laki aku berat aku 98kg tau sampai skrg x kurus2 dok lah 119kg ada ...

Kawan iols dia bambam macam sherry. Muka dia comel. Pandai berfesyen. Suka tengok
Teruskan berfesyen sis Samurai!

Quote sharlenetexas 21-9-2023 10:11 PM
kakasotong2 replied at 21-9-2023 10:05 PM
Heols ni bukan abang proton tapi abang insurans

Ingat sangat la dia ni sebab dulu macam try n ...

Heshe nak tekel pasah? Teringat ally iskandar dedulu

Quote lesprincesse 21-9-2023 10:12 PM
Kenapa panggil abang proton bukan ada ada keta porsche ke. Rasanya dia mmg modus operandi nempel kat retis2. Apa2 hal i ols rasa ok je dah tu cara dia nak dapatkan sales. Kerja cam dia ni mmg kena kuat buat publisiti and network kalau nak jadi top.
And dia ni pun educated la jugak lulusan engineering university from japan rasanya.

Motif iols tahu sebab dulu penah gak viral ngan fs
Quote AWEKSAMURAI 21-9-2023 10:17 PM
sharlenetexas replied at 21-9-2023 10:10 PM
Kawan iols dia bambam macam sherry. Muka dia comel. Pandai berfesyen. Suka tengok
Teruskan berf ...

Beza dina dgn sherry ...sherry tu x gadoh nk batak kwen ke hape pun x meratib pun umur dh bape still single
Quote virgo19 22-9-2023 08:52 AM
lesprincesse replied at 21-9-2023 10:12 PM
Kenapa panggil abang proton bukan ada ada keta porsche ke. Rasanya dia mmg modus operandi nempel kat ...

Haa patut la aku rasa mcm familiar nama dan muka dia ni, mcm pernah ada gosip konon2 bercinta dgn retis, rasa mcm pasha sanda. Tapi ingat2 lupa.. betul la kan mmg dia ni
Quote RoseLuna 22-9-2023 08:57 AM
Ni nak menempel artis je ni. Tapi iols memang suka tengok Sherry ni. Dia nampak wangi & manis. Muka sentiasa senyum & ceria je
Quote cikperiukkera 22-9-2023 09:45 AM
RoseLuna replied at 22-9-2023 08:57 AM
Ni nak menempel artis je ni. Tapi iols memang suka tengok Sherry ni. Dia nampak wangi & manis. Muka  ...

Betul…dulu dgn fasha..time fasha menjanda…jumpa dekat rumah kueh acik ritrude yg dh berkubur tu. Meols igt yachh . Now dh npk MO dia..
Quote pembacagosip 22-9-2023 09:49 AM
sharlenetexas replied at 21-9-2023 10:11 PM
Heshe nak tekel pasah? Teringat ally iskandar dedulu

kan...fefelimg jantan hensem rebutan masa dia mendoniaaaaaa....sampai pasha pun nak try

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.067901 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top