CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Madu Miera Liyana Tak Terima Nafkah RM15,000 Sejak September 2021, Kenderaan Mewah Diganti Kereta Lama

21-9-2023 05:03 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 16273| Komen: 151|Original author: Saiful

Bekas madu Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib mendakwa sudah tidak menerima nafkah sebanyak RM15,000 daripada bekas suami, Rosland Othman sejak September 2021.

Adibah, 50, berkata, Rosland hanya memberi nafkah penuh selama lapan bulan selepas berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.



"Masa mula-mula dia ada bagi (nafkah) dalam tujuh hingga lapan bulan selepas kahwin lain tapi bila hampir setahun, dia mula mengabaikan.

"Mula tidak balik, duit pun dia tak bagi... Dia tidak bagi sepenuhnya pada September 2021," katanya kepada mStar ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis bagi perbicaraan nusyuz yang difailkan Rosland terhadapnya.

Rosland memfailkan tuntutan itu selepas mendakwa Adibah melanggar arahan yang melarangnya untuk keluar dari rumah pada 24 September 2021.



Tambahnya sejak dia membawa anak-anak pergi ke sebuah hotel pada tarikh berkenaan, Rosland mula menyekatnya sehingga ke hari ini termasuk berhenti memberi nafkah.

Bagaimanapun jelasnya, Rosland masih memberi perbelanjaan sekiranya diminta oleh anak-anak selain membayar bil termasuk ansuran rumah, kereta, elektrik, air dan sebagainya.

"Rosland ada bayar sikit tapi bila anak-anak minta. Dia bukan tak bagi langsung, dia bayar ansuran rumah, kereta, air, api (elektrik), internet... Bukan tak bayar tapi yang asas dia lunaskan.

"Terima kasih untuk itu Rosland, cumanya duit poket dia tak bagi. Tak dapat nak pergi klinik gigi, rawatan muka, isi minyak," katanya.


Sementara itu, Adibah selaku defendan kes berkenaan memberitahu mahkamah kereta mewah yang diberikan plaintif sebelum ini juga sudah ditarik balik dan digantikan dengan kereta lebih lama.

Adibah ketika ditanya penguamnya, Junid Ramali berkenaan ingkar arahan suami kerana keluar rumah pada 24 September, dia tidak bersetuju dengan tuduhan itu.

Defendan memberitahu mahkamah dia telah membuat permohonan maaf dan menyatakan sebab membawa anak-anak keluar pada tarikh tersebut.


"Saya tak setuju mengatakan saya ingkar. Saya juga telah cakap elok-elok kenapa nak bawa anak keluar. Sebelum ini tidak pernah ada masalah."

Adibah memberi keterangan itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin.

Abdul Fattah kemudiannya menetapkan untuk menyambung perbicaraan itu pada 31 Oktober depan bagi pihak defendan menyediakan keterangan saksi.


Pada 2 Ogos lalu, Adibah dan Rosland yang juga ahli perniagaan sah bercerai talak satu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu berkahwin pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Rosland juga berkahwin dengan Miera pada Julai 2022 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 21-9-2023 05:16 PM
Sampaikan salam pada jiwa yg bersedih..
Begitu dinginnya dunia yg kau huni
Jika tak ada tempatmu kembali
Bawa lukamu biar aku obati
Quote Farnor 21-9-2023 05:39 PM
Fight for ur right kak adibah..go go go.
Quote iolss 21-9-2023 05:47 PM
siannya..smoga tabah kak..
Quote Zizi999 21-9-2023 05:49 PM
Wow baju anak baru fendi pakai brp kalo tu…patut la elaun bini tua kene potong. Dia bukan mampu dan adil, dia hanya mampu alihkan saluran kewangan untuk yg muda.
Quote aqua_marine 21-9-2023 06:13 PM
Bayangkan dah berhempas pulas bersama membina rumah tangga selama 28 tahun, drpd naik bas pastu naik kereta pastu kereta mewah. Ujung² hasilnya dinikmati wanita lain..
Quote IzzahF 21-9-2023 06:17 PM
Zizi999 replied at 21-9-2023 05:49 PM
Wow baju anak baru fendi pakai brp kalo tu…patut la elaun bini tua kene potong. Dia bukan mampu dan ...

kepam jua rupanya, kalau chuols tak bgtau aiols igt baju besher2 je apatah lg muka desa nan permai
Quote IzzahF 21-9-2023 06:18 PM
senang betul jadi jantan, boleh plak bg arahan jgn keluar la, nusyuz la..padahal bini tu bawak anak2. yg dia pegi telokop merendek ke sana ke sini hidup seronok2 dgn betina muda tak apa pulak
Quote fair_iza 21-9-2023 08:18 PM
Baiknya deeba ni. Tak tinggal pn ckp suami msh bayar keperluan asas. Dh la kena cerai, suami dakwa nusyuz pulak tu sbb keluar rumah tanpa izin. Hei rosland, ko mengulit betina lain ada minta izin dgn ex bini? Aku doakan rosland dn ml melingkup dan jd hina.
Quote sang_kuriang 21-9-2023 08:26 PM
Semoga dipermudahkan urusan Kak Deeba & anak2, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik & diberikan kekuatan nak hadap semua ni..berat dugaan dia
Quote makita 21-9-2023 08:29 PM
Sambung perbicaraan 31 Oktober. Silap2 kes xleh settle sbb acik roslen ni kene stroke.
Moga acik Diba bertabah. Wpon dah kwen lebih 20 tahun, bukan jaminan somi tak gatal.
Quote Nham22 21-9-2023 08:50 PM
Byk kak deeb boleh kalau mintak harta sepencarian sbb 28t
Quote scarflicious 21-9-2023 08:59 PM
Keluar bawak anak2 pun nusyuz ke?
Quote wikedsaikel 21-9-2023 09:08 PM
fair_iza replied at 21-9-2023 08:18 PM
Baiknya deeba ni. Tak tinggal pn ckp suami msh bayar keperluan asas. Dh la kena cerai, suami dakwa n ...

Aaamiiiiiinnnn
Quote AWEKSAMURAI 21-9-2023 09:18 PM
Modal x besar sgt kak deb .. dlm 1k dh bleh dh ..kita amik yg siam teneng punya kak deb.. bru ni sepupu pi tanya harga dlm 800 je x sampai seribu ..dia kata pacak je brg dia bagi kat memana tanah .. dua je x gila mampos hahaha tolak tepi kurafat ke syirik tu masyar punya citer hahahaha .. alang2 nk bagi sakit biar sesama sakit .. nk tggu kifarah Tuhan ni xtau bila bukan x percaya tapi xtau bila kurang2 selagi idup nk tgok jugak depa ni menderita
Quote zuriey 21-9-2023 09:22 PM
Aciks porem dabel setendet.dgn adibah kesian dgn fauziah korng kecam dia kan
Padahal dua2 tersakiti tau
Quote Incanto 21-9-2023 09:25 PM
AWEKSAMURAI replied at 21-9-2023 09:18 PM
Modal x besar sgt kak deb .. dlm 1k dh bleh dh ..kita amik yg siam teneng punya kak deb.. bru ni sep ...

no no no ....kesian lah kad adeeb

kena siksa oleh suami tagune di dunia, pastu kena siksa di akhirat sbb syirik
Quote bukan_ustazah 21-9-2023 09:28 PM
Dah dalat yang baru yang lama terus kena pakai kereta lama duit apa tidak diberi. Masa dulu susah bini lama yang susah jatuh bangun
Quote Hoola 21-9-2023 09:29 PM
panas pulak hati aku bila baca

buat para perampas penyondol pruntuhmasjid dan sewaktu dgnnya...adakah anda bpuas ati?adakah anda tenang yg sebenar2 tenang dlm idup????
Quote bukan_ustazah 21-9-2023 09:30 PM
Kawin 20 tahun pun belom tentu kenal hati budi suami, tetiba dia boleh tendang kau gitu je macam tak pernah kenal kau

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top