CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Blake Dikebumi Penuh Hormat, 'Handler' Sedih Ucap Selamat Tinggal

21-9-2023 04:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4301| Komen: 14

Kuala Lumpur: Blake, anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mati akibat barah limfoma selamat dikebumikan hari ini.

Jasadnya ditanam di Unit Pengesan JBPM (K9) Taman Seri Sentosa di sini dalam upacara tertutup yang dihadiri pegawai unit berkenaan.



Bahagian Pengurusan Korporat JBPM berkata, sebagai tanda penghormatan, pegawai menaburkan bunga di atas jasad dan pusara Blake.

"Seterusnya penghormatan terakhir diketuai oleh Pegawai Kanan Unit K9 JBPM dengan memberi tabik hormat dibarisi oleh pegawai-pegawai yang lain.

"Upacara dijalankan secara tertutup bagi menjaga sensitiviti pihak berkaitan," kata kenyataan itu.


Sementara itu, 'handler' Blake iaitu Salbuddin Salleh menerusi dua perkongsian di TikTok miliknya turut berduka dan menangisi pemergian anjing pengesan tersebut.

"Sudah banyak hal yang ku lewati namun semua kenangan tentangmu yang selalu di hati.

"Semoga kau tenang di sana my partner," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata ramai yang turut bersedih dengan pemergian Blake yang banyak berjasa membantu operasi di bawah JBPM.


Blake yang terbabit dengan pelbagai operasi penyelamatan, menarik perhatian ramai dan mula dikenali selepas tragedi tanah runtuh di Batang Kali, tahun lalu.

Anjing daripada disiplin Cadaver itu disahkan mengidap barah limfoma pada 15 Ogos lalu dan terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang semalam selepas dimasukkan ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), 14 September lalu.

Selain tragedi Batang Kali, Blake terbabit dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; Operasi SAR kepala air di Titi Hayun, Yan, Kedah dan SAR mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak, Pahang. - CARI


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 22-9-2023 09:01 AM
"Anjing daripada disiplin Cadaver itu disahkan mengidap barah limfoma pada 15 Ogos lalu dan terpaksa ditidurkan pada jam 4.38 petang semalam selepas dimasukkan ke Wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), 14 September lalu."

nama wad...so sweet  
Quote Kangkung1M 22-9-2023 10:55 AM
Edited by Kangkung1M at 21-9-2023 11:12 PM
supernaturalee replied at 21-9-2023 09:01 PM
"Anjing daripada disiplin Cadaver itu disahkan mengidap barah limfoma pada 15 Ogos lalu dan terpaksa ...

Jabatan Perkhidmatan Veterinar memang guna istilah Haiwan Kesayangan. Sweet, kan.

[Fbp]https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02srsvpU1fQdPvDv3gU9hW3McoBdPCYDE9yuEAS8MQ2nYvtEQzkKSrYJGdrj2wCaG1l&id=286385209879&post_id=286385209879_10156897595954880&eav=AfZHffLL63X0e5w5ealkEJATenXS-7l8-vPWHuzsCUQxP_GhzcT_R04kQer_kxXxQNA&fwcl=1&fwcc=1&fwl&m_entstream_source=permalink&refid=52#[/Fbp]
Quote annabellaruz2 22-9-2023 11:33 AM
Masa operasi mengesan dan menyelamat tragedi tanah runtuh Batang Kali, mmg follow rapat kes tu. Salute anjing2 pengesan K9.
Quote pu3_rania 22-9-2023 01:18 PM
Tak ada gambar @ kubur Blake kesayangan ni ke?
Quote azimodin 22-9-2023 02:05 PM
Aku faham kenapa pihak polis x share gambar upacara sebab nanti ada la geng2 extremist komen benda2 yg xsedap di dengar. Macam ada satu video family bawak kucing pergi kubur sebab rindukan tuan, tu pon ada orang kutuk kononnya x hormat tanah kubur. Kucing rumah ni dia x kan suka2 hati nak berak merata tau.
Quote nolya 22-9-2023 02:37 PM
Turut dukacia atas kematian Blake atas jasabakti yg telah dia berikan menolong manusia yg ditimpa musibah.  Blake hadhir dlm kelompok manusia, berkhidmat dn lakukan hal yg tak mampu dibuat oleh manusia. Besar jasanya shnga meraih 'kasih sayang' manusia terhadap diriya.
Setiap yg bernyawa akan mati, maka sampai waktu Blake juga pergi. Jasa Blake tetap dikenang, Sayang Blake tak akan hilang.
Quote zehra2 22-9-2023 04:12 PM
banyak jasa Blake. walau haiwan cuma. tp dia mmg terlatih dengan kepakaran nya. elok bg pingat.
Quote mawardia 22-9-2023 05:09 PM
Banyak jasa Blake.
Quote Nenolen 22-9-2023 09:41 PM
Selamat Jalan Blake sayang
Quote teen_angelJB 22-9-2023 09:51 PM
Manusia. Klau hidup tahu menyusahkn.. Better mntak. Jadi haiwan..
Mungkin bile jadi haiwan.. Bole mendatangkan kebaikkn

#deep
Quote Kangkung1M 22-9-2023 10:44 PM
nolya replied at 22-9-2023 02:37 AM
Turut dukacia atas kematian Blake atas jasabakti yg telah dia berikan menolong manusia yg ditimpa mu ...

Alhamdulillah, handler Blake mengucap dua khalimah syahadah hari ini.

[TikTok]7281538579090787591[/TikTok]
Quote stingerbumpy 22-9-2023 11:30 PM
Talking ada sesiapa yg bacakheun tak?
Quote sharlenetexas 22-9-2023 11:39 PM
azimodin replied at 22-9-2023 02:05 PM
Aku faham kenapa pihak polis x share gambar upacara sebab nanti ada la geng2 extremist komen benda2  ...

Burung berak atas batu nisan tu tak hormat kubur ke? Pelik2 pemikiran mereka ni.

Quote FlexyFox 23-9-2023 12:44 AM
Edited by FlexyFox at 23-9-2023 12:46 AM

Selayaknya dia diberi penghormatan sebegitu. Dia umpama kakitangan jabatan penyelamat juga, cuma beza dia tak dapat gaji. Tugas dan kepakaran dia hanyalah untuk membantu manusia tanpa meminta apa2. Itulah kebesaran Sang Pencipta. Anjing diberi bermacam kelebihan untuk membantu manusia walaupun dia najis (bukan haram). I faham benar perasaan kakitangan bomba yg lain terutama Salbudin, Blake was his partner, his friend. Semoga mereka semua bertabah dan terus maju jaya dalam pekerjaan yg mulia ini.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.045923 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top