Seorang lelaki bengang dan tak puas hati dengan tindakan seorang penghantar makanan yang didakwa tidak melaksanakan tugasnya dengan baik. Berkongsi menerusi Facebook Group Bandar Baru Bangi, pengadu mendakwa penghantar makanan itu biadab dan tidak menghantar pesanan yang dibuat isterinya sehingga di pintu kediaman mereka.
Berdasar gambar tangkap layar yang dikongsikan, penghantar makanan terbabit memohon maaf kerana tidak dapat naik ke tingkat atas untuk menghantar pesanan pelanggan. “Minta maaf, saya tak dapat nak naik, kaki sakit. Makanan saya letak atas mailbox ye,” demikian mesej yang diterima dalam aplikasi tersebut. Namun, perbuatan penghantar makanan itu mengundang rasa tidak puas hati pengadu yang tidak menghubungi isterinya terlebih dahulu sebelum meninggalkan makanan yang dipesan di atas peti surat. Sedangkan isterinya ketika itu sedang sarat mengandung.
Pengadu juga bertegas mahu membuat aduan terhadap penghantar makanan berkenaan. “Salam warga Bangi, ada yang kenal rider Food Panda nama ni tak? Macam mana nak report ya rider ni? Agak rude ya letak makanan kat situ tanpa call dulu. “Isteri saya mengandung tujuh bulan, duduk di tingkat empat. Ketika itu saya bekerja. Tetapi dia (rider) meninggalkan pesanan macam tu jer tanpa call dulu. “Kita order food delivery untuk memudahkan urusan kita. Tetapi ini lagi menyusahkan. Ada yang tahu cara untuk report tak melalui aplikasi ini?” katanya. Di ruangan komen netizen berpendapat penghantar makanan itu sudah cuba sebaik mungkin untuk memaklumkan alasan dengan penuh beradab. “Saya rasa dia dah cuba sehabis baik beradab dengan menghantar mesej dan memaklumkan alasannya. Dia pun tak tahu yang pelanggannya mengandung. “Mungkin pada pesanan seterusnya kena tinggalkan nota yang memaklumkan isteri awak sedang mengandung dan minta dihantar ke pintu. Dan beri sedikit tips,” kata Muslih. Tetapi ada pula yang berpendapat, penghantar makanan tidak perlulah bekerja sekiranya benar kakinya sakit. Tambahan, keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya makanan pelanggan hilang akibat diambil oleh individu lain yang tidak bertanggungjawab. “Kalau dah tahu kaki sakit, tak perlu ambil order. Duduk rumah sajalah. Kalau makanan hilang, naya kat customer,” kata Emma. “Sebab itu kalau beli makanan online, saya suka bayar Cash on delivery (COD). Bila COD, macam mana pun rider tetap kena jumpa customer untuk ambil duit. Kalau bayar online, macam ni lah, main tinggal-tinggal je makanan kita,” kata Haifa.-CARI Sumber: The Reporter
|
matjerk replied at 21-9-2023 12:00 PM
Isteri mengandung. Duduk tingkat 4. Dia marah sbb tak call dulu maklumkan tinggal makanan.
So berdas ...
brego replied at 21-9-2023 01:32 PM
dia yang pemalas,
nak kata org lain pulok yang malas
dekmieDandy replied at 25-9-2023 10:13 AM
dah bayar delivery fee pastu kena bagi tips lagi
hurmm..
brego replied at 25-9-2023 01:02 PM
kalau rumah landed, tak payah bagi tips pun takpe
boleh hantar sampai depan pintu pagar
ADVERTISEMENT