CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mati Dibaham Buaya Ketika Tangkap Ketam, Kawan Nampak Tapi Tak Dapat Tolong

21-9-2023 11:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2612| Komen: 3

LAHAD DATU –Lelaki warga asing yang keluar menangkap ketam maut dibaham buaya.

Mayatnya ditemui di kawasan laut Kampung Tinagian, Tanjung Labian pagi tadi.

Mangsa berusia 23 tahun berkenaan ditemui pada pukul 7.20 pagi dalam keadaan tertiarap di tepi pantai berhampiran Pos Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kampung Tanjung Batu.


Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa adalah pekerja am di sebuah ladang kelapa sawit dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada awal pagi ketika mangsa bersama tiga rakannya sedang menangkap ketam di kawasan laut itu.

“Ketiga-tiga rakannya melihat mangsa dibaham buaya namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Mangsa kemudiannya dikatakan hilang dari kawasan berkenaan sebelum ditemui pagi tadi.

‘Ketika mayat mangsa ditemui terdapat kesan gigitan iaitu di bahagian lengan kiri dan kepala serta kesan calar di bahagian dada, belakang leher,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Dr Rohan Shah berkata, anggota polis dari Balai Polis Kencana tiba di lokasi sebelum membawa mayat mangsa ke Jabatan Forensik, Hospital Lahad Datu bagi tujuan bedah siasat.-CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo03 17-11-2024 05:28 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.217692 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top