CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Besarkan Payudara, Wanita Mati Akibat Saluran Jantung Dan Otak Tersumbat

21-9-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2388| Komen: 3

BANGKOK – Seorang lagi wanita dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini akibat menjalani pembedahan besarkan payudara

Susulan itu, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Forensik Thailand memberi amaran mengenai prosedur pembesaran payudara secara haram.


Thaiger melaporkan, kejadian itu dikongsikan oleh Doktor Smith Fa Srisont dalam akaun Facebooknya baru-baru ini.


Foto: Unsplash

Smith yakin pembedahan itu dilakukan secara haram kerana nama doktor yang melakukan prosedur tersebut tiada dalam sistem Majlis Perubatan Thailand.

Doktor itu memberitahu mangsa bahawa dia boleh menyuntik kolagen untuk membesarkan saiz payudaranya, namun mangsa sebenarnya menerima suntikan silikon.

Selepas menerima suntikan, mangsa mengalami keletihan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Kesihatan wanita itu semakin merosot dan dia akhirnya meninggal dunia.


Laporan bedah siasat mendapati bahawa wanita itu meninggal dunia kerana silikon telah memasuki saluran darahnya yang menyebabkan saluran jantung dan otaknya tersumbat.

Menurut Smith, tindakan menyuntik silikon terus ke dalam payudara wanita adalah salah kerana doktor sepatutnya memasukkan beg silikon ke dalam payudara.

Kisah itu mendapat perhatian orang ramai dengan sebilangan pengguna mendedahkan bahawa ramai lagi wanita yang menjadi mangsa doktor tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boo03 17-11-2024 05:28 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.344448 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top