CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Kieda Crepe Viral Lengang "Mana Pergi Semua Orang? Duduk Rumah Buat Cekodok?"

21-9-2023 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11110| Komen: 103

Peniaga makanan viral dari Pulau Pinang, Kieda atau Nur Khalieda Yusra yang terkenal dengan menu crepe mendedahkan kedai pencuci mulut itu berdepan penurunan dalam jumlah kehadiran pelanggan.

"Mana pi (pergi) semua orang ni? Bezanya orang membeli dulu dan sekarang," tulis Kieda pada kapsyen video yang dirakam pada waktu malam.

Foto: mStar

Dia turut berkongsi suasana lengang di hadapan kedai yang mana situasi tersebut cukup berbeza dengan sambutan luar biasa yang diterimanya sebelum ini.

"Parking banyak, line (barisan) tak ada. Lepas tu dekat tangga boleh kira kasut. Mana pergi semua orang?



"Hari nak hujan semua duduk rumah ke? Buat cekodok ke? Sedapnya cekodok cicah air kopi. Kedai Kieda sistem dia support vendor baru support Kieda tau.


"Boleh baca di atas ni dulu. Kalau okey terus naik (kedai). Mana pergi semua orang ni? Mana? Di sini tak ada nak rushing, aircond pun rasa kat (tingkat) bawah ni," ujar Kieda yang mempunyai 1.3 juta pengikut TikTok.



Video tersebut meraih 1.1 juta tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen, termasuklah yang mendoakan kedai Kieda terus maju pada masa akan datang.

Malah, ada netizen yang turut memberi alasan bahawa kenaikan harga barang asas pada masa kini menyebabkan mereka perlu berbelanja dengan berhemah.


"Adat berniaga. Ada pasang surut. Semoga dimurahkan rezeki Kieda.

"Orang dah mula berjimat Kieda. Hidup ini keras. Semoga bisnes Kieda sentiasa maju.

"Tengah fikir barang semua naik. Beras penting untuk hidup," tulis beberapa pelayar TikTok.


Ada juga dalam kalangan netizen yang berkata mereka enggan menyokong perniagaan Kieda kerana sistem vendor yang diamalkannya.

"Aku teringin nak makan Kieda crepe. Tapi sebab fikir kena support vendor, tak mampu nak beli.

"Kieda, sekadar cadangan, tolong turunkan harga support vendor.

"Orang nak makan crepe Kieda je tapi kena support vendor dulu. Tak apalah, kami tak mampu," tulis netizen lagi.


Untuk rekod, Kieda sebelum ini menegaskan dia tidak pernah memaksa pelanggan membeli makanan yang dijual di kedainya.

Katanya lagi, semua pelanggan sudah sedia maklum mengenai cara jualan sebelum memasuki premisnya.

Kieda menggunakan sistem 'Kedai support vendor, baru support Kieda' yang dipasang pada banner di hadapan kedainya yang terletak di Pulau Pinang.

Melalui sistem itu, pelanggan perlu membeli sejumlah produk keluaran vendor di kedai tersebut sebelum membeli produk makanan Kieda sendiri. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 21-9-2023 10:23 AM
Isu semasa ka neh shibai
Quote ezacbee 21-9-2023 10:40 AM
Produk pe tu.. sampai kena beli.

Takat crepe mana2 tempat ada.
Quote Cyempaka 21-9-2023 10:40 AM
Percayalah itu marketing. Tu bkn 1st time dia buat content acah2 sedih xde orang tu. Bosan.
Quote manehnya 21-9-2023 10:41 AM
Ada juga dalam kalangan netizen yang berkata mereka enggan menyokong perniagaan Kieda kerana sistem vendor yang diamalkannya.


"Aku teringin nak makan Kieda crepe. Tapi sebab fikir kena support vendor, tak mampu nak beli.


suport vendor sama mcm sapot kieda, nk byar keta2, rumah2.. k

abis tu, yg customer ni sapa nk sapot.. x dak rm 50 x leh p la kedai dia ni..

beli krep kedai lain rm 10 ja.. tu pun isi durian betul, dia pnya "hasil rNd" mixed

inti straberi plak, seketul strabei pun x dak, jem semata..
Quote makita 21-9-2023 10:54 AM
Org skrg ni musim berebut beli beras. Benda yg bukan keperluan asas ni boleh ditangguhkan pembelian. Meols kalau nak mkn dessert ni time nak healing. Lepas hantar anak sekolah pagi2 tu singgah family mart n sebat la 'puding asli' tu satu. Harga RM6.30.Mkn pelan2 sambil duduk kat kusi empuk. Tghari pegi beli tosey 2 helai mkn dgn chutney kelapa beserta vadey 2 ketul. Total cost utk pelahap sorg2 tak sampai RM15. RM50 tu leh la cover 3 hari.
Quote Skuau 21-9-2023 10:55 AM
semua orng ikut nasihat RAJA FORMULA.jangan KETAGIH mkn kt luar...
Quote airmineral 21-9-2023 11:01 AM
aku paling xberkenan penjual ckp jerit2
mmg aku xbeli
tmbh2 kalau benda2 viral kah3
Quote ayukpingu 21-9-2023 11:05 AM
nak harapkan jualan crepe aje, berapa sgt la untung kat situ.

jadi dia guna support vendor, support kida. komisen dari vendor dah berapa dia dpt, tambah lagi hasil jualan crepe sendiri.

kedai lengang lepas ni, mintak la vendor tu support kau..tayah meratip hiba buat content sedih nak attract customer. yihhhhh. kedai paling complicated. byk beno peraturan
Quote sayurmayur88 21-9-2023 11:06 AM
iolls memang x berminat dan xkan beli .
Quote hotmak 21-9-2023 11:06 AM
marketing je tu, ada nampak live dia elok je org beratur panjang, kaya2 org malaysia, beli puluh2 rm baru boleh beli crepe, tak mampu lah semata nak mkn benda tak kenyang, spend mahal2 ni
Quote refleCtion 21-9-2023 11:08 AM
depa ni suka nau la makan makanan bodoh mcm ni...
Quote bitterchoc 21-9-2023 11:09 AM
makita replied at 20-9-2023 09:54 PM
Org skrg ni musim berebut beli beras. Benda yg bukan keperluan asas ni boleh ditangguhkan pembelian. ...



Aiols pun suka healing makan sorang2. Takde gangguan. Tapi selalunya kat rumah. Preparelah apa2, kopi satu mug, mengadap internet. Tenang gitu.
Aiols curious apa beza crepe jualan sheols dgn org lain. Dah lama jugak tak beli crepe. Bahaya makan gula banyak2.
Quote asudau 21-9-2023 11:21 AM
baik beli beras...beras paling mahal di lotus pun 10kg baru RM75...
Quote babynina30 21-9-2023 11:27 AM
I pon pelik sape yg beli
Tp kt area i ni ada kedai dessert gini
Byk vendor lain jgk
Mmg ramai org weekend
Tp idakle mcm kida ni kne Q 3-4 jam
Kedai kt atas plak tu
Ergh plg mls nk kena pi kedai yg naik2 ni
Quote brego 21-9-2023 11:39 AM
benda2 junk food macam ni mmg feveret org pompuan

itu pasal badan2 masing2 pun macam tempat proses
bahan buangan majlis bandaraya
Quote azimodin 21-9-2023 11:52 AM
airmineral: aku paling xberkenan penjual c ...

Sama la. Aku paling penyampah seller viral yg bingit pastu acah2 terpaling premium macam mamasabun, kekdah lempeng cream & tomyam batu nisan. Bagi aku kalau benda tu sedap, xyah bingit pon orang cari.
Quote cikatilia 21-9-2023 11:54 AM
duit2 tu buat beli beras lagi bagus
Quote makita 21-9-2023 11:55 AM
bitterchoc replied at 21-9-2023 11:09 AM
Aiols pun suka healing makan sorang2. Takde gangguan. Tapi selalunya kat rumah. Preparelah apa2, ...

Entah lah kan. Tapi mmg ada org minat benda mkan color2 biru merah terik gila ni. Kalau boleh nak ckup lengkap mcm warna luna 24 pcs tu.
Quote gigahertz 21-9-2023 11:58 AM
Cyempaka: Percayalah itu marketing. Tu bkn 1st time dia buat content acah2 sedih xde orang tu. Bosan.
i harap peniaga bodoh crepe macm ni bungkus cepat.
pastu kahwin jangan beranak pinak. kesian laki dia dapat isteri bodoh.
dah la jual bende lepas anak tekak je. pastu marketing pun bodoh.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.053760 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top