CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kedah Merungut- Sudahlah Beras Tempatan Tiada, Harga Sayur-Sayuran Naik Mencanak

21-9-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3501| Komen: 15

ALOR SETAR – Selepas terbeban dengan ketiadaan beras tempatan di pasaran, rakyat Kedah merungut pula mengenai peningkatan harga barangan lain terutama sayur-sayuran.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima banyak aduan berhubung perkara itu sebelum melaksanakan tinjauan di Pasar Besar Alor Setar, hari ini.


Hasil tinjauan dilakukan katanya, perkara itu didapati benar berlaku dengan kalangan peniaga juga tersepit dengan keadaan tersebut.


Foto:Kosmo

“Sejak beberapa hari lalu, kami menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan harga sayur-sayuran antaranya halia, bawang putih dan cili kering. Namun apabila tinjauan dilakukan hari ini, rupa-rupanya harga tomato juga meningkat mendadak yang sememangnya membebankan pengguna.

“Halia yang dulunya diterima peruncit pada harga RM58 sekotak, meningkat antara RM120 ke RM130 kini. Tomato yang dulunya boleh dijual pada harga RM5 untuk 100 gram oleh peruncit, kini terpaksa dijual pada harga RM8 berikutan peningkatan harga di peringkat pemborong."


Katanya, bawang putih yang sebelum ini dijual kepada pengguna pada harga RM6 atau RM7 sekilogram, kini sudah mencecah berbelas ringgit.

Menurutnya, aduan mengenai peningkatan harga itu diterima di semua daerah dalam negeri ini serta hasil pemantauan dilakukan skuad pengguna Cake.

“Punca kenaikan harga barang ini sukar dipastikan, namun kita tak boleh menolak kemungkinan kenaikan harga barang ini disebabkan nilai mata wang negara yang rendah ketika kebanyakan barangan diimport dari luar.

“Faktor cuaca serta permintaan tinggi dari negara-negara lain juga memainkan peranan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-9-2023 12:14 PM
Sayur2 Ni  kalau peniaga mmg Akan terasa lah sebab depa beli banyak...
Iols beli sayur2 smalam Masih okay lagi lah..
Iols.beli kat hero je...
Bayam Merah..sawi pak choy..Kubis..tomato..carrot..kueyteow n.mi kuning..semua rm12 je...
Quote adila39 21-9-2023 12:20 PM
hmm ni betul la ..sayur pun mahal. apa kita rakyat malaysia ni xboleh makan sayur yg kualiti ke...semua duk eksport je ya? yg kaya makin kayalah , rakyat jugak susah...xkan kobis hari hari
Quote tripleid 21-9-2023 12:22 PM
Penang murah je sayur..apsal korang tak ngadu kat Sanusi je??
Quote Belibis 21-9-2023 02:00 PM
adila39: hmm ni betul la ..sayur pun ma ...

'kangkung dah murah'....ko lupa dialog ni?[em:3:]
Quote SedihPedih 21-9-2023 02:18 PM
Nk kena tanam balik sayur sendiri. Tanam sendiri senang ja naik tp bila naik bendalah putih tu iols selalu gagal disitu.

Bangla kt area office i siap relax tanam bendi dan kangkung kt ruangan tanah kecik. Herlok pula x kena serang dgn si bena
Quote prettyuglybabe 21-9-2023 03:00 PM
bukan benda baru kot..
malaysia ni dari dulu harga sayur ikan ikut musim..
kang bila orang kurang makan sayur, sayur berlambak tak terjual, giliran peniaga pulak merungut protes tunjuk buang sayur..

Quote honam 21-9-2023 03:01 PM
kerajaan tak nak pekenalkan barang2 rahmah juga ke? cap dekat rm5 je
Quote Kitty_catz 21-9-2023 04:12 PM
tanam kangkung pun ok.. plg senang dan murah.. takde tanah pun ok, letak je dlm baldi atau dlm botol terbuang

takkan le anu je dlm botoiiii , kangkung pun boleh je dlm botoi acik2 uiii

tp sok mengeluh jugak kata asik2 mkn kangkung...maka cycle continues

Tuaian-Kangkung-Dalam-Botol.jpg

Quote Pajeri_Nenas 21-9-2023 06:10 PM
Kalau Najib ada kan dah selesai masalah. Kufur nikmat. Hahaha
Quote kemaruk 21-9-2023 06:16 PM
Pajeri_Nenas replied at 21-9-2023 06:10 PM
Kalau Najib ada kan dah selesai masalah. Kufur nikmat. Hahaha

Inilah perubahan yang rakyat nak masa PRU14 dulu

Nikmatilah perubahan ini puas2
Quote Samerosie 21-9-2023 06:23 PM
Edited by Samerosie at 21-9-2023 06:26 PM

Beras tempatan tak ada? Aik baru tadi kat fb brader yg duduk penang yg suka tolong org susah post gambar beras tempatan ada org tolong belikan kat sungai petani freshmart katanya.  Bukan satu pak banyak juga cap rambutan.
Quote boo03 17-11-2024 05:28 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040779 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top