PETALING JAYA – Sekumpulan pelancong dari Korea terkejut kerana perlu membayar RM2 untuk memasuki tandas premium di Menara Berkembar Petronas atau KLCC. Salah seorang pelancong itu memuat naik video di akaun @man_zang, menyatakan merkea mencuba tandas itu kerana perasaan ingin tahu kenapa tandas itu dinamakan ‘tandas perdana’ dengan dikenakan caj berharga RM2.
“Kenapa seseorang perlu bayar hanya kerana mahu pergi ke tandas? Saya mahu tidur dalam tandas inilah kalau macam itu,” seloroh salah seorang daripada mereka. Walau bagaimanapun, setelah memasuki tandas berkenaan rata-rata mereka berpuas hati dengan bayaran dikenakan setanding dengan bau yang wangi, bersih dan sangat selesa.
Bahkan, mereka bukan sahaja mendapat tisu berkualiti tinggi tetapi losyen tangan secara percuma dimana ia disediakan di dalam tandas tersebut. Di ruangan komen ramai pengguna tandas di KLCC juga tidak kisah membayar dengan harga mahal iaitu RM2 kerana kebersihan dan keselesaan yang diberikan kepada pengunjung. “Itu tandas terbersih saya pernah lihat seumur hidup saya dan saya sebenarnya tak kisah pun nak bayar untuk tanda sebersih itu,” komen @nezhhh. “Memang sesuai dengan harganya. Ada beberapa tandas lain di tingkat lain yang percuma tetapi agak kotor dan berbau busuk,” komen seorang pengguna. Ada juga pengguna mendedahkan tandas di Sarawak mengenakan caj sehingga RM4 sesuai dengan keselesaan dengan kebersihan yang ditawarkan. “Datang lah ke Sarawak. Ada satu pusat beli-belah kena bayar RM4 untuk tandas ‘premium’. Tetapi berbaloi lah, kalau dah masuk rasa tak nak keluar dah,” komen SNB. – CARI Sumber: Kosmo
|
axl_bach: Biar betul tandas premier KLCC ...
SecretLuv replied at 20-9-2023 07:53 PM
Pernah masuk yang perempuan punya. Tak ada la bersih mana pun.. Pernah masuk tandas percuma yang l ...
B40tastePosh replied at 20-9-2023 08:02 PM
Malaysian, Indonesian dan Taik tak boleh dipisahkan.
sharlenetexas replied at 20-9-2023 08:20 PM
Kalau dulu tandas premium klcc ada letak losyen bodyshop.
Kat gardens pun ada tandas premium.
kepompong replied at 21-9-2023 04:37 PM
pengalaman i sbg makcik cleaner, mmg taik bersepah selalu yach disebabkan perkhidmatan i a ...
kepompong replied at 21-9-2023 04:41 PM
losyen tu utk apa yach?
sorry soalan serius ni tau , memang lepas membuang pakai losyen utk hila ...
sharlenetexas replied at 21-9-2023 04:42 PM
Cuci tangan guna cecair pencuci tangan, ada yg buat tgn kering. Lepas tu guna dryer, tangan dah ke ...
axl_bach replied at 20-9-2023 08:00 AM
Biar betul tandas premier KLCC ni cantik? Aku masuk baru2 ni bersepah dan berbau mcm tandas rnr yg f ...
ADVERTISEMENT