CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pekin Kata Ajaib, Mona Allen Hamil Lepas Jumpa Ustaz Di Melaka

20-9-2023 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7348| Komen: 35

Keajaiban berlaku pada Pekin apabila Mona terus hamil selepas mereka berjumpa dengan seorang Ustaz di sebuah pusat perubatan Islam di Melaka.

“Ada keajaiban. Bila saya pergi jumpa doktor dan mereka periksa Mona dan kesan seperti Cyst sebesar syiling 50 sen.


Foto: IG

“Jadi setiap 2 minggu perlu buat pemeriksaan, kalau Cyst tak membesar itu normal, kalau membesar ia perlu ‘operate’.

“Kemudian kami pergi ke sebuah pusat rawatan Islam tersebut, saya masuk sahaja ke rumah tersebut Ustaz tersebut cakap ‘Pekin okay tiada masalah tapi Mona ada masalah seperti ada ‘benda hitam’ dalam Rahim…ada lah sebesar syiling 50 sen.



“Saya dan Mona terdiam ketika itu, kami pandang masing-masing.

“Ustaz Cuma cakap tawakkal sahaja dan ikhtiar dan selepas seminggu kami pergi buat pemeriksaan semula dan ‘Cyst’ itu hilang. Doktor berkali-kali scan tetap tiada.

“Itu keajaiban yang kami lalui, dan selepas sebulan Mona hamil,” kongsinya kepada XTRA.



Ketika itu pasangan ini sudah bersedia untuk membuat proses IVF atau persenyawaan In Vitro namun terpaksa melupakan hasrat itu setelah mendapat tahu Mona hamil.

“Kami sebenarnya dah bersedia untuk buat IVF, dah ada plan, sebab itu kami pergi berjumpa doctor, doctor buat pemeriksaan, saya dan Mona normal, tiada masalah.



“Doktor juga cakap mungkin belum ada rezeki ketika itu. Sebelum IVF juga ada satu proses iaitu IUI atau Intrauterine Insemination. Doktor sarankan untuk buat proses tersebut dahulu. Mona pun okey sahaja.

“Belum sempat ambil darah, periksa semua air mani semua normal, soalnya belum ada rezeki, kemudian tiba-tiba hamil selepas berjumpa dengan Ustaz tersebut.


“Saya gembira, dalam masa sama jimat,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Pekin turut berkongsi dia menerima petua-petua yang aneh untuk mendapatkan cahaya mata.



Untuk info, Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan anak lelaki yang bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-9-2023 03:26 PM
Entah..entah..........



Quote asamfish 20-9-2023 03:49 PM

nko nak kate entah2 ostad tu ehem ehem kan eh....
Quote JunkMail 20-9-2023 04:03 PM
Aku malas nak baca..so mengalami hamil kali kedua ke kisah hamil lepas? Kalau yg lepas takyah cite dah laaa..dah beranak lama dah pun..
Quote irvene 20-9-2023 04:07 PM
banyak kali dah pekin cakap pergi jumpa ustaz dkt Melaka tapi tak share pun dekat mana. nk jugak pergi try
Quote iolss 20-9-2023 04:18 PM
irvene replied at 20-9-2023 04:07 PM
banyak kali dah pekin cakap pergi jumpa ustaz dkt Melaka tapi tak share pun dekat mana. nk jugak per ...

itulah... nk gak g try ni. dah 9 thn ttc.
Quote prince_marhaen 20-9-2023 04:21 PM
anak dia jenis muka sedih ek....
Quote pocongkiutss 20-9-2023 04:21 PM
irvene replied at 20-9-2023 04:07 PM
banyak kali dah pekin cakap pergi jumpa ustaz dkt Melaka tapi tak share pun dekat mana. nk jugak per ...

Rasa pernah ada yg share kt fb sebelum ni..tp buan ke ustaz ni yg bgtau psl elizad jumpa dia tu
Quote irvene 20-9-2023 04:33 PM
iolss replied at 20-9-2023 04:18 PM
itulah... nk gak g try ni. dah 9 thn ttc.

semoga dipermudahkan urusan sis
Quote irvene 20-9-2023 04:33 PM
pocongkiutss replied at 20-9-2023 04:21 PM
Rasa pernah ada yg share kt fb sebelum ni..tp buan ke ustaz ni yg bgtau psl elizad jumpa dia tu

elizad pun pernah try ek? belum rezeki dia lagi..
Quote fanaz82 20-9-2023 04:41 PM
iolss replied at 20-9-2023 04:18 PM
itulah... nk gak g try ni. dah 9 thn ttc.

kalau tak silap dia jmpa ustaz mujahidin kat ayer molek. ustaz tu memang popular kat melaka. family saya pun byk kali pergi berubat kat sana. tapi tu lah, orang memang ramai nak pulak kalau weekend. siap kena ambil nombor giliran.
Quote lyshafull 20-9-2023 04:47 PM
irvene replied at 20-9-2023 04:07 PM
banyak kali dah pekin cakap pergi jumpa ustaz dkt Melaka tapi tak share pun dekat mana. nk jugak per ...

iols taw kat mana tapi susah nk dapat slot bukan pekin jer yg pi ramai retis pi jumpa ustaz tu
tapi ade yg jadik ade x jadik
salah satu cara nk ikhtiar

nnti pape dm iols
Quote pocongkiutss 20-9-2023 04:50 PM
irvene replied at 20-9-2023 04:33 PM
elizad pun pernah try ek? belum rezeki dia lagi..

Kalau belum rezeki mmg kena sabar uols..iols buat ivf juga..ikutkan sebelum ivf tu kena jaga makan apa semua kan..iols takde ikut sgt pun + hari transfer embryo tu something happen yg buatkan iols stress gila2 terjadi..siap ada buat silap lg iols ni..tup2 lekat uols..mmg betul2 tak sangka. Mmg masa tau lekat tu iols fikir..kuasa Allah sungguh
Quote iolss 20-9-2023 04:54 PM
fanaz82 replied at 20-9-2023 04:41 PM
kalau tak silap dia jmpa ustaz mujahidin kat ayer molek. ustaz tu memang popular kat melaka. famil ...

thanks uols..nnt i gugel ustaz tu.
Quote irvene 20-9-2023 05:14 PM
lyshafull replied at 20-9-2023 04:47 PM
iols taw kat mana tapi susah nk dapat slot bukan pekin jer yg pi ramai retis pi jumpa ustaz tu
tap ...

sisthor. i dh dm. dapat tak?
Quote irvene 20-9-2023 05:16 PM
pocongkiutss replied at 20-9-2023 04:50 PM
Kalau belum rezeki mmg kena sabar uols..iols buat ivf juga..ikutkan sebelum ivf tu kena jaga makan ...

rezeki sis. Alhamdulillah. Allah tahu waktu yg tepat nk bg dekat kita
Quote DeLuna85 20-9-2023 05:25 PM
Caption mengundang
Quote pocongkiutss 20-9-2023 05:36 PM
irvene replied at 20-9-2023 05:16 PM
rezeki sis. Alhamdulillah. Allah tahu waktu yg tepat nk bg dekat kita

Tp kan sis..bg iolslah kan ..kalau buat IVF ni..bgtau org terdekat je..mak bapak keluarga sendiri sudah..tak perlu announce kt fb minta doa entahsapa2..kita pun taktau hati org lain ni camane kan..lagi pulak kalau retis ni..sebab tu ctdk pun diam2 je takde bgtau sesiapa..bila dh lekat, kandungan dh besar tu oklah nak bgtau kan. Semoga dipermudahkan urusan sis ya
Quote teacher 20-9-2023 06:50 PM
iolss replied at 20-9-2023 04:18 PM
itulah... nk gak g try ni. dah 9 thn ttc.

My dad pun pegi berubat situ tapi nak dpt nombor utk turn tu kena gigih sket.. ramai org luar melaka pegi rent homestay situ then dpt priority utk lane.. u all kena call tanya tau +60 17 357 4498..

DE04626A-8666-4FF9-B873-1A90871BDAF3.jpeg
Quote virgocircus 20-9-2023 06:57 PM
Gitulah bila berttc ni...kita ikhtiar cara moden dan traditional. Kena percaya Dan usaha dan tawakal. Ade setengah org bila sebut perubatan traditional ni terus pandang pelik x percaya katanya.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.060637 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top