PETALING JAYA – Seorang murid tahun satu mendakwa pipi kirinya ditampar oleh guru dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Klang Isnin lalu hanya kerana tidak menjumpai surat yang dikehendaki.
Menurut perkongsian sepupu kanak-kanak tersebut, keluarganya kecewa dengan tindakan yang diambil guru tersebut yang dilihat tidak munasabah sehingga mendatangkan mudarat. “Sepupu saya umur tujuh tahun kena lempang dengan ustazah depan orang ramai termasuk guru lain hanya kerana dia tak jumpa surat dalam beg sekolah. “Kejadian tersebut berlaku depan orang ramai, tetapi yang lain buat tidak tahu saja. Lepas itu, tak ada yang tanya budak itu okay ke tidak lepas kena lempang,” ulasnya dalam satu hantaran di Twitter. Tambahnya, sejurus kejadian tersebut berlaku, ibu mangsa terus membawanya ke klinik berdekatan bagi mendapatkan pemeriksaan awal kerana bimbang kesan yang akan berlaku.
“Pemeriksaan awal oleh doktor mendapati bahagian pipi kiri mangsa bengkak, merah dan sakit,” katanya. Difahamkan, bapa mangsa juga telah memaklumkan kejadian tersebut kepada guru kelas anaknya dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Klang semalam. –CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz replied at 20-9-2023 01:14 PM
MCM tak logik je..
Ustazah ni ada masalah peribadi ke
B40tastePosh replied at 21-9-2023 12:29 AM
Ustazah pun ada yang tak sanggup dimadukan...diorg pun manusia macam kiter ni {:mlexercise ...
shida81 replied at 21-9-2023 10:14 AM
Klang kat mana nih.. Kerap betul klang masuk cari.com skang....
ADVERTISEMENT