Seorang wanita, Natasha Juan berdepan dengan situasi di mana makanan yang dibeli menerusi aplikasi penghantar makanan dianggap sangat menyedihkan. "Biasanya saya tak kisah fasal benda macam ni.
"Saya tak nak kacau orang punya periuk nasi (rezeki berniaga). "Tapi yang ini agak melampau. Pesan ayam bakar, yang dihantar ayam rentung," katanya menerusi Facebook. Menerusi luahan sama wanita itu turut berkongsi sekeping foto menunjukkan menu ayam bakar. Namun malangnya kulit ayam pada bahgian paha yang diterima kelihatan terlalu hitam dipercayai sebagai kesan hangit terbakar. Bersama-sama ayam bakar itu ialah nasi putih, tauhu goreng, tempe, ulam-ulaman dan sambal belacan. Tambah Natasha yang dipercayai berasal dari Kuching, Sarawak, lebih membuatkan dia kecewa apabila makanan yang dipesan itu adalah untuk ibu bapanya.
"Kalau untuk saya mungkin masih dapat berdiam diri. Ini tempahan untuk mak ayah," katanya penuh kecewa. Hantaran pastinya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya turut marah dengan sikap peniaga. Mereka turut berasa hairan bagaimana segelintir golongan peniaga yang tidak jujur dalam mencari rezeki. "Siapa cef dia ni? Pandai ke tak panggang ayam? "Confident level tinggi masa pack order. "Kalau saya hidangkan macam ni mesti kena complaint sampai viral. "Jangan pernah hidangkan dekat orang lain apa yang kita tak akan makan," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
ifanonline replied at 20-9-2023 09:28 AM
tiada keberkatan kalau niaga mcm ni, lambat laun akan bangkrap juga
B40tastePosh replied at 20-9-2023 09:36 AM
Tak baik doakan Suku Melayu camtu...busuk² Melayu kiter.
ADVERTISEMENT