CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamat 'Berehat' Blake - Anjing Pengesan K9 Sudah Tiada, Hidap Barah Limfoma

19-9-2023 11:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17428| Komen: 131

Kuala Lumpur: Anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikenali sebagai Blake mati selepas mengidap barah limfoma.

Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) itu terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan mencari mangsa lemas.


Blake yang bertugas di unit Anjing Pengesan (K9) itu terbabit dengan pelbagai misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan mencari mangsa lemas.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam Facebook rasminya memaklumkan, Blake dilaporkan mengidap barah limfoma tahap empat pada 15 Ogos lalu sempat mengikuti raptai sempena sambutan hari kebangsaan yang lalu.


"Selepas disahkan mengidap barah, Blake sekali lagi ke wad Anjing Kesayangan di Fakulti Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 14 September apabila didapati hilang selera makan dan kelesuan selain untuk mendapatkan perkembangan berkaitan barah dihadapi anjing berkenaan.

"Sepanjang berada di wad untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, anjing ini gagal memberi respon kepada ubat dan rawatan yang diberikan oleh pihak veterinar malah barah limfoma yang dikesan pada anjing itu juga semakin agresif sehingga merebak ke seluruh badan dan semakin membesar," katanya.

Blake ketika misi pencarian mangsa Tragedi Batang Kali.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama Pakar Veterinar, Dr Nur Alimah Rahman, pihak jabatan bersetuju dengan keputusan untuk menidurkan Anjing Pengesan Blake kerana kesihatannya yang merosot secara mendadak serta tiada harapan untuk dipulihkan.

"Blake terpaksa ditidurkan (euthanized) pada jam 4.38 petang semalam (18 September 2023) dan disahkan sudah tiada hari ini.

"Anjing Pengesan Blake adalah anjing baka English Springer Spaniel yang berasal dari United Kingdom dan merupakan perolehan JBPM pada tahun 2017,"katanya.

Katanya, anjing Pengesan Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan oleh JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun di Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

"Kehilangan Blake sudah pastinya dirasai oleh seluruh warga JBPM dan khidmat bakti yang disumbangkan sepanjang berkhidmat akan sentiasa dihargai dan dikenang. Selamat jalan Blake," katanya.


Sumber: Harian Metro







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cha-cha 19-9-2023 11:25 PM
Awhh rest in peace Blake.
Quote stroberi_80 19-9-2023 11:33 PM
Sedih nya. Mengikuti perkembangan pencarian mangsa trajedi Batang Kali oleh nya dan K9.lain nya.
Terima kasih Blake ....
Quote pu3_rania 20-9-2023 12:08 AM
Edited by pu3_rania at 20-9-2023 12:24 AM

Menangis aku masa baca berita Blake telah ditidurkan (euthanized) di IG JBPM tadi
Jasamu di kenang si wira comel Blake sayang
Takziah kepada handler Blake iaitu Salbuddin Salleh di atas pemergian si wira comel Blake
Quote becir 20-9-2023 12:31 AM
All dogs go to heaven…
Quote eely_shana 20-9-2023 01:35 AM
RIP blake. Mesti depa bg penghormatan
Quote Buritan 20-9-2023 05:04 AM
Acik nangis baca berita nii
.
Quote zehra2 20-9-2023 06:09 AM
sedihnya. terima kasih Blake.
Quote ninja9 20-9-2023 06:24 AM
RIP Blake.
Quote kotakbaju 20-9-2023 07:31 AM
Sedihnya terima kasih atas jasamu
Quote pocongkiutss 20-9-2023 07:40 AM
Sedihnya..iols sedih gila kalau kena put to sleep bagai ni..perlu ke
Quote ninja boy 20-9-2023 08:19 AM
Bagi makan apa sampai kanser,  merokok dpn anjing
Quote stingerpressor 20-9-2023 08:20 AM
Buritan replied at 20-9-2023 05:04 AM
Acik nangis baca berita nii
.

Boleh je kalo nak berkabong seminggu...

ADA AKU KESAH?

Kahkahkahkahkah
Quote stingerpressor 20-9-2023 08:22 AM
zehra2 replied at 20-9-2023 06:09 AM
sedihnya. terima kasih Blake.

Masuk syurga tak si blake ini?

#tanyaje
Quote Supersirap 20-9-2023 08:23 AM
Banyak jasa yang dilakukan semasa hidupnya ini
Quote Buritan 20-9-2023 08:32 AM
stingerpressor replied at 20-9-2023 08:20 AM
Boleh je kalo nak berkabong seminggu...

ADA AKU KESAH?

Takde lee aku nak berkabung.. tp si blake ni byk sumbangan . Pandai ngeseks dan pandai cari org..

Mcm ekau pandai ngeseks jee..
Quote stingerpressor 20-9-2023 08:48 AM
Buritan replied at 20-9-2023 08:32 AM
Takde lee aku nak berkabung.. tp si blake ni byk sumbangan . Pandai ngeseks dan pandai cari org..
...

Ngeseks iteww pahala selagi pada yg halal....

Ko yg tak perlu formal tutoring pun tahu mana perlunyer masukkheun batang kotey laki ko kheunz?

Kahkahkahkah
Quote Buritan 20-9-2023 08:52 AM
stingerpressor replied at 20-9-2023 08:48 AM
Ngeseks iteww pahala selagi pada yg halal....

Ko yg tak perlu formal tutoring pun tahu mana perlu ...

Pandai hang no ngeseks.. ni mesti berkat aku bg doa hari tu kann.. terus ko pandei
Quote stingerpressor 20-9-2023 08:54 AM
Buritan replied at 20-9-2023 08:52 AM
Pandai hang no ngeseks.. ni mesti berkat aku bg doa hari tu kann.. terus ko pandei

Ilmu iteww dariNYA...bukan dari mak pak atau keturunan ko...


Quote Buritan 20-9-2023 08:57 AM
stingerpressor replied at 20-9-2023 08:54 AM
Ilmu iteww dariNYA...bukan dari mak pak atau keturunan ko...

Betul doa tuu dr Allah.. aku cume tepek je kat hang

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035092 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top