CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Dijangkiti Bakteria Selepas Makan Tiram Mentah

19-9-2023 11:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14281| Komen: 15

Seorang lelaki ditemui maut beberapa hari selepas makan tiram mentah di sebuah restoran.


Memetik laporan Independent, seorang lelaki Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia selepas makan tiram mentah yang mengandungi bakteria.



Pada mulanya, lelaki tersebut dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera namun, disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.


Menurut doktor Philip Keiser, Pihak Berkuasa Kesihatan Tempatan Galveston County menyatakan bahawa mangsa dipercayai mempunyai beberapa masalah kesihatan.


"Dia mempunyai masalah hati selain beberapa masalah kesihatan yang lain. Lelaki itu juga bergantung kepada beberapa jenis ubat-ubatan yang mengekang sistem imunisasinya.


"Secara kebetulan, masalah kesihatan yang dihadapinya menyebabkan dia benar-benar terdedah kepada jangkitan vibrio vulnificus," katanya.


Dikatakan, tiram tersebut memiliki bakteria vibrio vulnificus yang disebabkan oleh haba melampau ketika musim panas di sana.


Mereka yang mengalami beberapa simptom seperti mual, muntah-muntah dan kesan ruam yang cepat merebak ke seluruh badan berisiko dijangkiti bakteria tersebut.


Susulan itu, pihak berkuasa menyarankan kepada mereka yang mengalami simptom yang sama selepas memakan makanan laut segera mendapatkan rawatan daripada doktor.



Sumber: Oh Bulan, Independent



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 19-9-2023 11:20 PM
[youtube]o4Yj-baShEY[/youtube]
Quote cha-cha 19-9-2023 11:23 PM
Tadi baca perempuan San Jose kena bakteria vibrio vuluvulu makan tilapia mentah sampai potong kaki dek sepsis.. ni dlm tiram pulak tp gone terus.. zerrammm zissss
Quote kakikuDibibirmu 19-9-2023 11:25 PM
cha-cha replied at 19-9-2023 11:23 PM
Tadi baca perempuan San Jose kena bakteria vibrio vuluvulu makan tilapia mentah sampai potong kaki d ...

Bolehlah kita makan ikan alien bermata tiga, tumbuh tangan manusia pelbagai, Jepun tuang balik air sisa radioaktif loji nuklear Fukushima ke dalam air laut nak buat Gojira

[youtube]wEEfG2PP6s8[/youtube]
Quote cha-cha 19-9-2023 11:33 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-9-2023 03:25 PM
Bolehlah kita makan ikan alien bermata tiga, tumbuh tangan manusia pelbagai, Jepun tuang balik air ...

Kahkahkah paling kurang pun mcm lam futurama je dr zoidberg. Semoga kaka kaki selamat dari tiram, talapia & kerang berbakteria ye kaka.. takut di amput kaki nya..
Quote eely_shana 20-9-2023 01:54 AM
Nasib bukan di msia
Quote FOTHER-MUCKER 20-9-2023 02:47 AM
Salah satu makanan kesukaan saya.
Quote Buritan 20-9-2023 05:14 AM
FOTHER-MUCKER: Salah satu makanan kesukaan sa ...


Hati hati siss.. sis duk obersea kann
Quote ninja9 20-9-2023 06:37 AM
makan mentah memang risiko. masaklah apa pun yang nak makan
Quote bottombikini 20-9-2023 08:12 AM
yihhh takutnya
kan ada cacing dlm tu
Quote Supersirap 20-9-2023 08:28 AM
Risiko makan makanan yang tidak masak
Quote prince_marhaen 20-9-2023 09:35 AM
zaman marhaen dah feeling2 fine dining makan makanan mentah2 kannn.... orang have2 makan seafood ke daging mentah ke, semua2 fresh2 betul, hidup2 pun ada, yang prepare pun chef, tmpt makan bersih elok, hygiene no.1... yang marhaen punya jual kat pasar, bazaar, food truck, pun tiram pun dah kelabu2, dikuca-kuca dalam tong ais yang dah berlumut, kekonon feeling squeeze lemon, pastu memasing kebulor nak melahap banyak2 macam makan nasik....benda viral kann.. mana tak mendapat macam2 penyakit.
Quote sangbara2020 20-9-2023 10:46 AM
aritu iolls mkn oyster mntah tu..memula rs nk muntah tp sbb lemon n sos dia tu sedap iolls telan je
pastu bli susi jepun tu atas yg ikan xmasak tu...sorg pun ank iolls xmkn...iolls mmg x la
Quote Thunderclouds 20-9-2023 10:54 AM
Hahahaahha..tringat influenza eh..influencer yg promot mkn fresh oysters hujung² tollowers abes keracunan
Quote sayurmayur88 20-9-2023 12:38 PM
perut org2 western ni tak tahan kot makan mentah2 ni..
tapi daging tu blh pulak diorang makan w/pun masak separuh je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049018 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top