CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beribu Majikan Dikesan Tidak Patuh Gaji Minimum

19-9-2023 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18808| Komen: 21

KUALA LUMPUR – Setakat 31 Ogos lalu, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak melakukan sebanyak 28,855 pemeriksaan terhadap majikan daripada pelbagai sektor.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,668 majikan didapati tidak mematuhi Perintah Gaji Minimum 2022 dan notis pematuhan telah dikeluarkan.


Gambar Hiasan

“Selain itu, bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 31 Ogos 2023, sebanyak 575 aduan diterima berhubung ketidakpatuhan majikan terhadap kadar gaji yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2022.

“Seterusnya bagi tempoh yang sama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah menerima 1,569 tuntutan kes buruh daripada pelbagai sektor berkaitan kegagalan majikan membuat bayaran gaji mengikut Perintah Gaji Minimum 2022.

“Sepanjang tempoh yang sama, sebanyak 55 tindakan pendakwaan yang telah diambil atas kegagalan majikan dengan amaun denda RM112,300,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.


Terdahulu, Sivakumar berkata, gaji minimum merupakan gaji terendah yang dibenarkan oleh undang-undang untuk pekerja-pekerja asas tanpa kemahiran.

Menurut beliau, bagi pekerja-pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran, gaji mereka seharusnya lebih tinggi daripada gaji minimum yang ditentukan oleh pasaran buruh, rundingan dengan pihak majikan atau Perjanjian Kolektif.

“Buat masa sekarang, Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara sedang melaksanakan kajian semula dengan mengadakan perundingan awam dan sesi libat urus bagi mendapatkan input dan maklumat berkaitan,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 19-9-2023 07:47 PM
mmg pun..... lagi2 kompeni sale juta2
Quote white_musk 19-9-2023 07:58 PM
Company nakharom
Quote plywood 19-9-2023 07:59 PM
Caiyo caiyo..
Quote CatMiow 19-9-2023 08:05 PM
Majikan laki iols bagi gaji lebih sikit, tapi epf potong gaji minimum, bila minta naik boleh dia kata,kalau potongan naik, dia punya part pun kena naikkan, apa ke b*****ng punya majikan.
Quote eely_shana 20-9-2023 02:09 AM
Sedihnya nilai duit kita
Quote wirazam 20-9-2023 06:42 AM
Pekerja X tau nak report ke...
Quote annehuda 20-9-2023 07:07 AM
CatMiow replied at 19-9-2023 08:05 PM
Majikan laki iols bagi gaji lebih sikit, tapi epf potong gaji minimum, bila minta naik boleh dia kat ...

Btul la ape bos laki uols ckp tu. Dlm epf tu pun ada caruman dr majikan, mmg lg tinggi dr potongan gaji laki uols. So yg dulu kecoh org dok claim epf tu duit dia tak btul sbnrnye sbb dlm tu pun ada bahagian majikan jugak lg byk dr potong gaji tu. Kalau nak laki uols carum jelah masuk sendiri dlm epf tu ala ala mcm simpan duit dlm bank. Bleh je gi kaunter epf ada kaedah die
Quote copy_paste 20-9-2023 09:14 AM
last2 nk bayo murah amik warga asing kerja,kalau xde permit lg murah dia bayo,
Quote Miss.Rara 20-9-2023 10:12 AM
annehuda replied at 20-9-2023 07:07 AM
Btul la ape bos laki uols ckp tu. Dlm epf tu pun ada caruman dr majikan, mmg lg tinggi dr potongan ...

dah kenapa? majikan mmg kena potong epf ikut gaji dalam payslip bukan ikut gaji minimum..

dan caruman majikan mmg kena lagi tinggi dari caruman pekerja..

majikan juga bertanggungjawap potong sesiap epf ikut gaji tertera dalam payslip..

melainkan pekeje tu takda benefit epf...

Quote annehuda 20-9-2023 10:26 AM
Miss.Rara replied at 20-9-2023 10:12 AM
dah kenapa? majikan mmg kena potong epf ikut gaji dalam payslip bukan ikut gaji minimum..

dan car ...

caruman skrang ni boleh pilih 9 atau 11%.  maksud poremer tadi tu bos laki die tu guna kadar rendah 9% tu la.  kalau 9% majikan kene carum 11% la, 11% kene carum 13% tak silap aku. tu la maksud bos die taknak potong 11% nnt die kene bayar caruman majikan lg tinggi
Quote n3ar 20-9-2023 10:42 AM
CatMiow replied at 19-9-2023 08:05 PM
Majikan laki iols bagi gaji lebih sikit, tapi epf potong gaji minimum, bila minta naik boleh dia kat ...

tu HR dia yg bengap..

kalau gaji dia bagi RM1800, mana boleh dia carum kwsp based on gaji minimum RM1500??

dia kena carum kwsp based on gaji RM1800 juga la, sama macam caruman bagi pekerja...

kalau ikut staf, untung jangka pendek sebab potongan sikit je so ada duit lebih sikit, majikan lagi tersenyum sebab kena carum sikit je part dia..

jangka masa panjang, rugi...


Quote honam 20-9-2023 10:48 AM
penguatkuasaan slow
Quote bitterchoc 20-9-2023 11:17 AM


Denda banyak2. Kesian pekerja, dah la kos kehidupan semakin tinggi sekarang.
Quote kemaruk 20-9-2023 11:34 AM
Gaji progresif kelak begitu jugalah hendaknya
Quote Skuau 20-9-2023 11:46 AM
tudia..bila majikan ngata orng tempatan pemalas dan banyak hal(sb lapor drng tak bayor gaji betul) ..amik PATI sb x nak bayar gaji 'betul'.
Quote sayurmayur88 20-9-2023 11:57 AM
pastu ? ada tindakan tegas kepada majikan2 yg culas macam ni tak ??
Quote CatMiow 20-9-2023 10:08 PM
Edited by CatMiow at 20-9-2023 10:21 PM
annehuda replied at 20-9-2023 07:07 AM
Btul la ape bos laki uols ckp tu. Dlm epf tu pun ada caruman dr majikan, mmg lg tinggi dr potongan ...


U tak faham situasi, contoh gaji suami iols rm1,800 majikan potong ikut gaji minimum, rm1,200.  Gitu juga ptong socso.

Laki iols happy la dapat cash lebih tapi iols cakap awak yang rugi, majikann yang dapat save kos.

Socso pula rugi, kalau jadi apa2 kat suami, tuntutan hanya berdasarkan gaji 1,200.

Setahun dua juga la iols suruh dia minta naikkan epf, dapat la juga, tapi boss dia memang cakap kat dia , kalau dia naikkan epf, nnti dia (boss) pun kena bayar lebih.

Tapi bila dia naikkan potongan pun tak ikut payslip, dia potong ikut 1,500. Hebatkan kuasa majikan.
Quote CatMiow 20-9-2023 10:18 PM
n3ar replied at 20-9-2023 10:42 AM
tu HR dia yg bengap..

kalau gaji dia bagi RM1800, mana boleh dia carum kwsp based on gaji minimum ...

HR hanya ikut boss, jadi bos walaupun Bukan bengap, memang tak amanah pada undang-undang, tahu perah tenaga pekerja je.

Suami kerja bahagia f&b, faham la ye,bidang hospitality ni rasanya ramai pekerja kena layan tak adil,melainkan kerja kat majikan yang betul-betul establish.

Pekerja yang warga tak ramai, semua layan begitu. Suami kata dulu masa biz hebat, lepas founder meninggal setiap anak tak kerja pun dapat elaun, bukan sikit yah, boleh cecah 2kali ganda gaji suami. Tiap tahun busuk-busuk ke indonesia.

Hakikat ye diluar sana, ada je majikan begini, tak kira agama,bangsa dan keturunan.
Quote ⠀⠀⠀ 7-9-2024 10:00 AM

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.054684 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top