MELAKA – Isu bekalan beras yang kurang di pasaran didakwa turut disebabkan oleh kekurangan jumlah pengeluaran oleh syarikat pembekal. Ini disebabkan mereka lebih berminat memasarkan beras import susulan jurang keuntungan yang terlalu besar.
Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) Zon Selatan, Khalil Ahmad berkata, situasi itu juga didorong oleh faktor kos pengeluaran beras putih tempatan yang semakin tinggi, namun harga kawalan masih kekal iaitu RM2.60 sejak sekian lama. Katanya, pemborong hanya mempunyai keuntungan nipis sekitar 50 sen bagi setiap 10 kilogram (kg) beras menjadikan lebih ramai pengusaha memilih untuk memasarkan beras import yang dijual mengikut harga tinggi pasaran. “Pemborong menjual beras putih tempatan pada harga kawalan RM26, keuntungan di situ hanya 50 sen dan 20 sen lagi milik peruncit. “Apabila keuntungan itu terlalu nipis kebanyakan pemborong, peruncit sendiripun agak tidak bersedia untuk mengedarkan beras tempatan dan akhirnya pengguna sendiri akan terkesan tidak dapat bekalan.
“Ini melibatkan kos sewa, kos upah dan kos pekerja. Mereka tidak berminat untuk mengagihkan beras kecuali harga kawalan itu dinaikkan dan selesa kepada peniaga,” katanya dalam sidang akhbar di Malim di sini, hari ini. Mengulas lanjut mengenai cadangan kepada kerajaan, beliau mengesyorkan agar harga kawalan dinaikkan daripada RM2.60 untuk sekilogram beras putih kepada RM2.90 bagi sekilogram atau memberikan subsidi sebanyak RM600 bagi setiap metrik tan beras. Ujarnya, kaedah itu juga dapat membebankan pengguna dengan kenaikan beras putih tempatan sekitar RM3 berbanding harga beras import yang sudah mencecah sehingga RM40. “Harga beras tempatan ini kalau boleh dinaikkan supaya jurang antara beras tempatan dengan beras import tidak jauh beza, mungkin kerajaan daripada segi tatacara, supaya boleh dinaikkan sekitar RM29. “Bagi selesa kepada pemborong untuk mengagih dan dapat keuntungan yang sesuai dengan harga dibekalkan oleh pengilang,” katanya.-CARI Sumber: Kosmo
|
Belibis replied at 19-9-2023 08:38 PM
Kalau semua pembekal tak minat nak jual sebab untung ciput,kemana pergi beras tu?? Masuk pakaging su ...
pengecatbintang replied at 19-9-2023 07:22 PM
kena bagi sabsidi lebih besar kpd penanam padi
kerana food security
OshinDaSolja replied at 19-9-2023 09:29 PM
selepas mendengar penerangan ZRA Strim iollz rsa cemas dan gelisah mengenai bekalan beras global yan ...
mrseller replied at 20-9-2023 07:42 AM
Impossible ke sawit, jajaran kedah pesisiran akan dibangunkan dengan industri. Jelapang padi ke ki ...
OshinDaSolja replied at 19-9-2023 09:29 PM
selepas mendengar penerangan ZRA Strim iollz rsa cemas dan gelisah mengenai bekalan beras global yan ...
ADVERTISEMENT