CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Penduduk Sudah Berdamai Dengan Alam," Wanita Cuci Pinggan Belakng Rumah Sambil Ditemani Buaya

19-9-2023 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16847| Komen: 15

JAKARTA – Sebuah video tular memaparkan seorang wanita mencuci pinggan sambil ‘ditemani’ seekor buaya yang berlegar di bawah sebuah rumah air.

iNews melaporkan, video itu dipercayai  dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau.


Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat tekun mencuci pinggan di bahagian belakang sebuah rumah yang didirikan di atas air.



Foto: inews

Air jernih jelas memaparkan seekor buaya  sedang berenang dan berlegar-legar di sekitar rumah tersebut.

Sesekali,  wanita berkenaan melempar sesuatu ke arahnya dan disambar oleh reptilia itu.

Menurut keterangan video tersebut, meskipun kelihatan berbahaya, situasi seperti itu biasa dilihat di lokasi berkenaan.

“Ini pemandangan biasa di Anambas. Meskipun aksi ini berbahaya, namun penduduk sudah berdamai dengan alam. Bagaimanapun, penduduk tetap berhati-hati ketika melakukan aktiviti berhampiran air,” kata kenyataan tersebut.


Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Tetap perlu berhati-hati kerana naluri haiwan sukar dijangka. Ia boleh menyerang bila-bila masa sahaja,” kata seorang netizen.

“Wanita itu sudah biasa berhadapan dengan ‘buaya darat’ yang lebih menakutkan. Jadi, dia sudah tidak berasa takut dengan buaya air,” kata pengguna lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-9-2023 10:41 PM
Dah akhir zmn kee.. akhir zaman sgt sgt.. semua binatang buas jinakk..
Quote Decaffeinated 20-9-2023 12:10 AM
video itu dipercayai  dirakam di Kepulauan Anambas, wilayah Riau.

Correction! Kepulauan Anambas dalam wilayah Kepulauan Riau. Letaknya kepulauan Anambas ialah luar sikit dari Pulau Tioman arah ke Borneo.

Wilayah Riau di Sumatera.
Quote eely_shana 20-9-2023 01:44 AM
Ni lagi 1 seram
Quote sayurmayur88 20-9-2023 07:38 AM
ohhh. tapi once binatang liar mmg ada naluri pemangsa dia tu.... hati2...
ramai je penjaga haiawan liar kat zoo kena ngap oleh haiwan liar ni..
Quote Supersirap 20-9-2023 08:33 AM
comelnya membasuh pinggan sambil ditemani abang buaya
Quote copy_paste 20-9-2023 09:03 AM
kalau lantai bocor jatuh bawah la x pasal jd lauk,
tpkan kalau diorg buang air,ade x buaya tadah kat bawah
Quote Simunggu 20-9-2023 09:50 AM
tembak ja..selesai
Quote salimrock 20-9-2023 11:13 AM
Decaffeinated replied at 20-9-2023 12:10 AM
Correction! Kepulauan Anambas dalam wilayah Kepulauan Riau. Letaknya kepulauan Anambas ialah luar s ...

wa baru google map, betul la kt laut china selatan, mcm lebih hampir kepada sarawak je,,

ada member wa pernah cerita pasal pulau ni, tak igt psl apa
Quote salimrock 20-9-2023 11:14 AM
copy_paste replied at 20-9-2023 09:03 AM
kalau lantai bocor jatuh bawah la x pasal jd lauk,
tpkan kalau diorg buang air,ade x buaya tadah kat ...

itu la , seram beb, kalo terjatuh...abis haha
Quote Decaffeinated 20-9-2023 03:59 PM
salimrock replied at 20-9-2023 11:13 AM
wa baru google map, betul la kt laut china selatan, mcm lebih hampir kepada sarawak je,,

ada memb ...

orang melayu, slang campur2 Pahang, Terengganu, Sarawak.



Quote salimrock 20-9-2023 05:21 PM
Decaffeinated replied at 20-9-2023 03:59 PM
orang melayu, slang campur2 Pahang, Terengganu, Sarawak.

ha, betul, baru aku igt kita cakap pasal pa,

member aku ni org ganu dia cakap orang pulau ni ada slang terengganu, padahal jauh dr ganu...

tak silap dekat2 dgn pulau natuna ni...


gila kental nelayan ganu dulu, punya la jauh belayar..

barang baik ni hahaha
Quote Suchi 20-9-2023 08:54 PM
Supersirap replied at 20-9-2023 08:33 AM
comelnya membasuh pinggan sambil ditemani abang buaya

Biasanya kalau basuh pinggan atau siang ikan ada bam oyen tunggu kat luar tingkap dgn muka seposen dia tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.235841 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top