CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Asyik Muka Dia Je," Redza Rosli Dituduh Anak Emas TV3

19-9-2023 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13627| Komen: 75

Redza Rosli didakwa jadi ‘anak emas’ stesen televisyen TV3 gara-gara sering muncul di program terbitan stesen tersebut.

Namun kata Redza dia tidak kisah dengan tanggapan tersebut sebaliknya hanya mahu menghasilkan naskah yang berkualiti.


Foto: IG

“Itu terpulang. Saya tak kisah pun bila ada yang kata saya anak emas TV3, saya hanya memilih naskah yang terbaik.

“Ada juga pihak stesen lain yang tawar, saya akan lihat juga karya tersebut, apa yang boleh beri saya kebaikan, mungkin di luar zon selesa saya, apa yang saya boleh bagi lagi. Mana yang terbaik saya mungkin akan terima.

“Kadang-kadang ada tiga empat naskah yang ditawarkan daripada TV3, saya akan pilih juga mana yang terbaik dari segi jalan cerita, nilai murni kepada penonton dan masyarakat. Saya akan menilai terlebih dahulu,” katanya kepada XTRA.



Ditanya adakah mahu terlalu selektif dalam memilih karya, anak kelahiran Subang Jaya, Selangor itu mengakui perkara tersebut, malah berasa agak tertekan sering diberi jalan cerita yang sama.

“Perkara itu (selektif) perlu ada juga sebab kadang kala saya juga dapat cerita cinta yang jalan ceritanya yang sama. Ia agak tertekan juga pada saya sebenarnya.

“Apa yang penting perlu ikhlas, kita buat persiapan sebagai seorang pelakon, apa yang kita perlu berikan, banyak bertanya dengan orang, jangan takut.

“Sebagai contoh saya pernah buat babak atau dialog tersebut sebelum ini, kadang-kadang mati akal juga, apa yang perlu saya buat pembaharuan,” ujarnya.



Dalam pada itu, melihat kemunculan bakat-bakat baharu yang semakin rancak, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini tidak lokek dalam berkongsi ilmu dengan mereka.

“Perjalanan awal karier saya juga agak mencabar, bermula dari saya tiada apa-apa, saya belajar dan terus belajar. Kesusahan saya dahulu itu buat saya sedar diri siapa dan dimana saya sekarang.

“Jangan terlalu mendongak ke atas, tak perlu tapi apa yang penting…bakat-bakat baharu perlu duduk bersama ketika di set penggambaran. Ilmu ini sama saja, cara penyampaian itu yang berbeza.

“Saya juga berkongsi juga kepada pelakon lain, bukan sahaja nak memudahkan kerja saya tapi menolong sesama lain. Saya tak pernah lokek ilmu sebab ia bergantung kepada seseorang itu sendiri,” ujarnya lagi.


Mengulas mengenai jangkaan penonton terhadap drama Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasikan dari drama popular korea Autumn In My Heart, Redza akui sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Sedikit sebanyak ia beri tekanan pada saya juga, kerana jangkaan orang pada drama ini tinggi sebab ia diadaptasi. Jadi dia kemelayuan sedikit mengikut budaya kita yang bersesuaian.

“Bila saya baca skrip, ia tidaklah ikut sepenuhnya cerita asal, ada babak-babak yang perlu ikut, kami buat sahaja. Kalau tidak sesuai, jadi tidak buatlah. Apa yang penting kami lakukan dengan baik.


“Drama ini juga sudah enam negara yang buat adaptasi, seperti apa yang saya jelaskan, kita ikut apa yang bersesuaian. Saya percaya semua pelakon dah beri yang terbaik,” katanya.

Drama Luruhnya Bunga Cinta bakal bersiaran di slot Alasia TV3 bermula 19 September, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam itu turut menampilkan Nabila Razali, Tracie Sinidol, Bella Luna dan ramai lagi. -CARI

Sumber: XTRA
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 19-9-2023 07:26 PM
Bersih. Xde main dadah, xmain pmpn, xkekwat, disiplin kekdahnya lama la ko kt stesen tv tu.. lg satu dah rezeki dia bia la..
Quote chandrahusin 19-9-2023 07:30 PM
Apa salah Oyen?
Yg korang hadap je TV
Mmg la korang balik2 nmpak muka tu je balik2
Lain kali pilih2 la drama yg nak ditengok
Quote LembingDayanti 19-9-2023 07:37 PM
elok lagi la dia ni dari syafiq kyle ke nenas ke hairul azreen tu ke ewwwwwww
Quote sr10 19-9-2023 07:48 PM
Sebab tu dah lama humban tv ke gaung hahahaha. Dah lama tak tengok drama. Hadap jer la kartun hari2 dgn anak.
Quote azimodin 19-9-2023 08:35 PM
Iouls ok je dia ni tapi selalu sangat bawak watak stereotypical tsundere. Even nenas pon dah pandai pilih job yg boleh menyerlahkan bakat sheouls. Lagi satu zaman sekarang retis berjambang macam pakai template pastu draw guna sharpie eh? Lain macam shape dia
Quote Manusiabesa 19-9-2023 08:43 PM
dia grooming lah cemana pun bg smart2 tp ujung2 aku nmpk byangan oyen jugak kt wajah dia..
Quote September14 19-9-2023 08:51 PM
Dia ni helok… dia blakon watak baran lagi ke?
Quote TomyamPuteh 19-9-2023 09:14 PM
Habis tu, korang nk tgk Tok Danish jadi hero ke?
Quote kashaz 19-9-2023 09:19 PM
Masalahnya xde beza cara lakonan dia. Same jambang, same style, same tone, same haircut, same role.

Takde rasa penyampaian dia sampai - xde rasa jiwang, sedih, romantik yg dia lakonkan. Bukan kayu, tapi macam xde soul or chemistry pun dgn pelakon.
Quote OshinDaSolja 19-9-2023 09:34 PM
rezeki beliau sentiasa dipilih sebagai watak utama...tak suka tukar la channel lain atau buat la drama sendiri... iollz pun dh tak tengok tv since 2017... lebih baik iollz tengok Netflix lg best...
Quote DeLuna85 19-9-2023 09:51 PM
Ok apa dia. Watak sesuai dengan dia. Lain la kalau berlakon jadi pelajar kolej, budak sekolah memang nak kena hencap la.
Quote slyfynx 19-9-2023 10:03 PM
Hr tu bukan kome jgk ke bukak thread kate Izzue Islam anak emas tv3?
Quote Lampuled 19-9-2023 10:09 PM
Dia ok la berlakon. Jahat, baik, manja semua boleh. Suara pun ok. Ada bakat bkn sekadar rupa.
Quote sambaldurian 19-9-2023 10:16 PM
Baru nk tgk versi malaysia, kn klu org Islam, ikutkan klu kita ada menyusukan anak bkn kandung pun ibarat jd anak sendiri/ adik susuan dh. Sbb tu aku x suka autumn tu ( klu tgk pun anggap mmg mak dia xde menyusukan).So yg versi Msia dia ubah cmne, xleh menyusukan ke.
Quote cikmah78 19-9-2023 10:41 PM
kak ipar dct suka amek dia berlakon dlm produksi dorg kn
Quote Rhyno 19-9-2023 10:46 PM
Dia berlakon bagus tp iols tak berkenan tgk jambang dia. nampak kepam.
Quote Tudungpink 19-9-2023 10:51 PM
Agak kecewa gak la dia ni jadi Hero Autumn in my heart.. Sekurang2nya watak hero n 2nd hero nak la hensem2 ..
Harap jalan cerita tak byk perubahan la mcm ada sikit2 diubah je 1st episode
Quote MeowPARSI 19-9-2023 11:05 PM
lanacondor replied at 19-9-2023 07:26 PM
Bersih. Xde main dadah, xmain pmpn, xkekwat, disiplin kekdahnya lama la ko kt stesen tv tu.. lg satu ...

Agree,, tu ciri2 bthn lama
Quote heythere123 20-9-2023 12:16 AM
kashaz replied at 19-9-2023 09:19 PM
Masalahnya xde beza cara lakonan dia. Same jambang, same style, same tone, same haircut, same role.  ...

weh baru haritu iols sembang pasal retis yang sejenis typecasted.

Masa tu iols dok teringat dekat Shukri Yahaya & julripin. Lupa yang heols ni masuk kategori tu jua.

orang dah muak dah bawak watak sama je manjang

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.059899 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top