CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pihak Pendakwaan Fail Rayuan Pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette

19-9-2023 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8097| Komen: 14

Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dalam tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.


Perkara itu disahkan pihak pembelaan yang mewakili Zizie Izette.

Menurutnya, notis rayuan telah difailkan pendakwaan di Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu.

Foto: Bernama

Sementara itu, sumber daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika dihubungi turut mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 7 September lalu, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Bung Moktar dan Zizie Izette atas pertuduhan rasuah itu lapan tahun.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada 2 September tahun lalu.


Pasangan itu memfailkan permohonan di semakan di Mahkamah Tinggi bagi mencabar perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu.

Dalam penghakimannya, hakim itu berkata Mahkamah Tinggi menerima permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette selaku pemohon itu selepas mendapati keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, 65, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie atas sebab dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 45, pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 19-9-2023 05:30 PM
Aku kalo curi ayam konpom masuk jail.. org politik seko pun susah nak masuk jail.. boleh kira brp je yg masuk.. masuk pun kojap sggh.. masuk sehari dah royan royan nak kuar.. huntunglaa hangpaa.. dunia ni milik hangpa..
Quote I.K.A888990 19-9-2023 05:33 PM
bebas bebas bebas bebas
pusing2 gitu je la
Quote Dolmat 19-9-2023 07:24 PM
Orang susah terdesak curi roti takde duit nak kasi anak makan masuk penjara...

Yg songlap duit rakyat, rasuahhhh sedap makan angin anak beranak!
Lahanat tol!

Quote royaldanish 19-9-2023 07:56 PM
aku pasti hidup dieorg memang tak bahagia
dalam medsoc menunjuk bahagia kunun..
Quote Buritan 20-9-2023 09:29 AM
royaldanish: aku pasti hidup dieorg memang  ...


Cmn ko tau..soklan serius ni
Quote Fazzbulous 20-9-2023 09:32 AM
kes  terang lg bersuluh..conflict of interest..pun lepas jugak...
Quote Buritan 20-9-2023 09:32 AM
Ingat pmx naik.. beribu org politik masuk punjare.. rupanyaa totap mcm tuu jugakk..  sedihh.. patut duit yg bung rompak tuu patutnyaa mgkin duit aku ke.. duit bpk yg anaknyaa sakit ke.. selagi nama duniaa mcm tu la
Quote MatDeghem 20-9-2023 09:43 AM
[ig]https://www.instagram.com/p/Ctp_roOJEmq/[/ig]


[ig]https://www.instagram.com/p/CsatDyzysq6/?img_index=2[/ig]



Quote winky1 20-9-2023 09:46 AM
Wah I didn't know they were freed from this.....sah sah lah conflict of interest. Adoi ....
Quote Burong_Hantuk 20-9-2023 09:49 AM
laki bini kepam drpd neraka jahanam!!!
Quote IzzahF 20-9-2023 10:00 AM
nape muka mcm memek gambar 1st tu. muka manusia2 taguna satu sen pun
Quote cikatilia 20-9-2023 11:05 AM
semua x de rasa bersalah songlap duit byk2 dan yg penting bebas bebas bebas bebas bebas
Quote juruterra 20-9-2023 12:05 PM
royaldanish replied at 19-9-2023 07:56 PM
aku pasti hidup dieorg memang tak bahagia
dalam medsoc menunjuk bahagia kunun..

kan... tertonggek2 kat gym minta perhatian. mungkin hati kosong

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050276 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top