PETALING JAYA – Orang ramai terutamanya ibu bapa pelajar gusar apabila tarikh pembukaan persekolahan bagi sesi 2024-2025 dijadualkan sama tarikh dengan 1 Ramadan tahun depan. Keadaan itu memandangkan cuti akhir persekolahan sesi 2022-2023 bermula 17 Februari hingga 11 Mac selama 23 hari bersamaan hari pertama persekolahan pada 12 Mac.
Pada 12 Mac juga dijangka umat Islam akan memulakan ibadah berpuasa di negara ini. Rata-rata ibu bapa bimbang akan kos perbelanjaan yang dijangka akan lebih tinggi berbanding sebelum ini dengan mengambil kira persiapan barang persekolahan serta puasa dan raya yang akan kunjung tiba. “Pening dibuatnya, utamakan urusan sekolah seperti yuran, kain, baju, seluar, beg, kasut, stoking dan alat tulis. Kafa pula jangan dilupa,” kata Yusrina. “Hari pertama sekolah dah puasa, bertabahlah. Semoga tahun depan cuaca semakin elok. Tidak sepanas sekarang, hal raya tak nak fikir lagi yang penting anak sekolah,” ujar Ummi Iman.
“Dah nak kena mula menabung, sekarang hidup kena berjimat cermat,” pesan Farrah. Bagi Ira Ahmad pula, dia berharap pihak Kementerian Pendidikan (KPM) kendalian Fadhlina Sidek akan mengekalkan pekeliling yang memberi kebenaran khas kepada pelajar untuk terus memakai pakaian sukan bagi meringankan beban ibu bapa. “Saya harap KPM kekalkan pakaian sukan untuk pelajar sekolah agar kami tidak terbeban dengan perbelanjaan sekolah, puasa dan raya,” luahnya di ruangan komen. Dalam ketegangan itu, ada juga yang sempat berseloroh dengan memberi cadangan untuk sekadar menyambut raya dengan pakaian sekolah dan kasut sekolah sahaja. “Baju sekolah nanti buat baju raya, kita ramai-ramai buat macam itu,” kata Md Fozan. “Masa dulu-dulu, kasut raya pakai kasut sekolah,” usik Narisah Ahmad. Selain itu, ada juga yang berpendapat pembelajaran dalam talian seperti yang pernah dilaksanakan semasa negara dilanda Covid-19. “Proses pengajaran dalam talian lebih mudah dan menjimatkan kos. Tak perlu suruh pelajar hadir ke sekolah setiap hari dan belanja duit,” komen seorang pengguna. – CARI Sumber: Kosmo
|
LoveSungmin replied at 19-9-2023 03:24 PM
kalau tak nak terbeban, tak payah beranak tak habis² nak merungut
JulietTheOrange replied at 19-9-2023 03:26 PM
ape masalahnye klu hari pertama puasa?
JulietTheOrange replied at 19-9-2023 03:26 PM
ape masalahnye klu hari pertama puasa?
sukacactus replied at 19-9-2023 03:52 PM
Kenapa ye kalau hari pertama puasa
Belanja makan bertambah ke
Sebab kat umah aku mkn buka puasa tu m ...
mamaterrer replied at 19-9-2023 03:32 PM
Ape nk gusar ek..I ok je ank 3 org skola..pndai2 la planning,klu gaji bln 1 ko beli la Baju skolah a ...
mizruncing replied at 19-9-2023 04:03 PM
kannn nak lagi jimat pakai je apa yg ada. tahun lepas punya pon bukan org kisah sangat pon
ADVERTISEMENT