Shila Amzah menyarankan orang ramai berhenti daripada 'bermain' Facebook (FB) susulan didakwa pengikutnya bakal bercerai dengan Ubai. Perkara tersebut disuarakan penyanyi berusia 33 tahun itu kerana berlaku lambakan pautan dan akaun dalam FB sehingga mengelirukan pengguna dengan tajuk cerita yang boleh mencetuskan salah faham.
Tambah pelantun lagu Memori Tercipta itu, risiko kewujudan berita-berita palsu tersebut juga akan berbalik kepada mana-mana individu yang membaca dan menerima tanpa sebarang usul periksa. “Kalau kita terdetik mempercayainya, sudah menjadi satu hal dan dosa pula,” ujarnya. Dia berkata demikian bagi menjawab soalan daripada pengikut Instagramnya mengenai tuduhan sudah bercerai dengan suami yang juga pempengaruh media sosial, Ubai. Terdahulu, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah di Boathouse Ampang pada 5 Ogos lalu selepas empat bulan bertunang. Sebelum itu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018, namun bercerai pada Februari 2022. Hasil perkongsian hidup, Shila dikurniakan seorang anak lelaki bernama Seth Uwais. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
riyadhK replied at 19-9-2023 04:27 PM
Kenapalah heols tak potong rambut bagi kemas sikit masa kawen tu. Serabai.
riyadhK replied at 19-9-2023 04:27 PM
Kenapalah heols tak potong rambut bagi kemas sikit masa kawen tu. Serabai.
ADVERTISEMENT