CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Salam Cium Tangan Polis Trafik Selepas Kena Saman "Memang Beradab Sungguh Kau Dik"

19-9-2023 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3603| Komen: 10

Satu video tular  memaparkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah disaman seorang anggota trafik.

Difahamkan kedua-dua remaja lelaki tersebut ditahan ketika menunggang motosikal kerana tidak memakai topi keledar, tidak mempunyai cermin sisi kenderaan dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.


Menerusi rakaman video di TikTok itu, mereka kelihatan akur dengan saman yang dikeluarkan anggota bertugas.



Kebiasaannya, video tular berkaitan kesalahan lalu lintas akan mendapat reaksi negatif daripada warga maya dengan kebanyakannya menyifatkan pasukan keselamatan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Pun begitu, kali ini ruangan komen dipenuhi dengan reaksi mencuit hati dan positif kerana gelagat remaja terbabit.

Mana tidaknya, selepas disaman dia menghampiri anggota terbabit dan bersalaman dengannya.

Bahkan remaja tersebut turut mencium tangan polis berkenaan.

Tingkah laku tersebut mendapat perhatian warga maya dan kebanyakannya menyifatkan remaja tersebut sebagai beradab sopan serta dididik dengan baik oleh kedua-dua orang tuanya.

"Dia boleh salam dengan hormat lagi sebab dia tak stres, bukan dia yang bayar saman... ayah dia juga.

"Itu tanda didikan mak ayah dia berjaya.

"Mungkin polis tu cakap elok-elok dan budak tu tahu salah dia serta memahami tugas polis. Bagus budak tu tetap menghormati orang yang lebih tua.

"Itulah adab bangsa Melayu. Sakit disaman, tapi adab tu tinggi... Alhamdulillah dik kau memang beradab," ujar beberapa warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-9-2023 01:59 PM
Itu sebab cikgu yang ajar lepas kena rotan sila salam ucap terima kasih.
Quote manehnya 19-9-2023 03:26 PM
bapak org pun kadang2 slam cium tgn gak sbb ampu tak nk  kena saman hihhi
Quote FOTHER-MUCKER 19-9-2023 03:37 PM
Itu tanda hormat bagi orang orang nusantara.

Saya selalu tengok di YouTube anak anak indonesians mesti cium tangan mat salih selepas mereka bersalam
Quote FOTHER-MUCKER 19-9-2023 03:38 PM
Cuba cek IC ibu bapa budak tu biru ke merah! Lol
Quote capwayang 19-9-2023 04:56 PM
..cium tangan ni adakalanya akan berlanjutan ke ayah, abang angkat dan seterusnya ke adegan yang tidak sihat. Better didik them to avoid amalan ni dengan strangers..
Quote eely_shana 20-9-2023 02:32 AM
Bagus ada adab
Quote boo03 17-11-2024 05:36 PM
Do you want me to?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.036912 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top