"Orang yang cakap you tak cantik itu ada masalah hati" Penyanyi Shila Amzah berkata demikian ketika membalas pertanyaan pengikutnya yang ingin mengetahui cara untuk berdepan dengan orang yang mengutuk wajah tidak cantik disebabkan jerawat.
Menerusi Instastory, Shila memberitahu individu yang gemar mengutuk fizikal orang lain sebenarnya mempunyai masalah hati. Menurut isteri kepada pempengaruh Ubai ini, mempunyai masalah jerawat, muka tidak sekata dan perut buncit bagi seorang wanita itu adalah perkara biasa. “Pertama sekali, orang yang cakap you tak cantik itu ada masalah hati. Siapa saa manusia baik, akan cakap kat orang macam itu? Fasal fizikal orang. “Okay sekarang, you sendiri kena bersyukur dengan segala apa yang Allah berikan pada you. Semua cantik ciptaan Tuhan. “Jerawat adalah normal, having texture juga normal. Perut bloated untuk wanita juga normal,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Patah Hati ini menasihati pengikutnya itu agar berhenti berkawan dengan individu seperti itu. “Jangan kawan dengan dia dah okay. Siapa kata you kena berdepan dengan dia? Sekarang you belakangi dia sebab dia tak penting dalam hidup you,” ujar Shila. Sumber: Gempak
|
che-cikL replied at 19-9-2023 12:11 PM
Apa pengaruh si pempengaruh Ubai tu? Kalau tak pasal kawin dgn Shila ni, tak tahu pun kewujudannya
rayna_raynes replied at 19-9-2023 12:15 PM
800K followers kat TikTok, kira besar jugaklah influence.
Myeramie replied at 19-9-2023 02:53 PM
Tgk video die aritu xdelah seksi mane kene kecam sbb bertudung and berisi ke?
ADVERTISEMENT