“Melihat senario masa kini, kadang kala saya pun takut tengok keberanian orang luar yang tidak diketahui tujuan dan alasan mengecam anak-anak artis." Demikian pandangan Datuk Jamal Abdillah yang menjadi bapa kepada enam cahaya mata berhubung anak artis yang kini sering menjadi sasaran kecaman.
Terdahulu, anak pelakon Rozita Che Wan, Aaishah Dhia Rana, 9, dilabel netizen dengan panggilan kesat. Malah, anak kedua Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, 18, juga menjadi perhatian apabila ada yang mendakwa dia mengakibatkan rumah tangga orang porak peranda. Bersandarkan pengalaman, Raja Pop yang lebih lima dekad bergelar anak seni itu mengakui ada perkara berkaitan permata hati yang tidak perlu ditonjolkan kepada umum. “Barangkali mereka merasakan anak-anak ini juga milik masyarakat kerana selalu dilihat di laman sosial ibu atau bapa mereka yang sedia popular. “Secara peribadi, dari dulu bukan jenis yang selalu update mengenai anak-anak bagi elak isu sebegini timbul, lebih baik begitu. Biar orang tahu ada had perlu diikut apabila membabitkan privasi anak,” luahnya. Bukan bermakna pemilik Nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd. Ali, 63, itu menyalahkan rakan seperjuangan yang terbuka berkongsi mengenai cahaya mata mereka, sebaliknya turut menegur perbuatan segelintir netizen. Katanya, artis juga seperti ibu bapa lain yang teruja berkongsi perkembangan anak serta momen istimewa sekeluarga dengan mendokumentasikan detik berharga dalam Instagram mahu pun TikTok. Menurut penyanyi Gadis Melayu itu, masyarakat seharusnya bertimbang rasa dan mempunyai empati dengan tidak menyeret anak sebagai modal untuk mengutuk kerana mencetuskan kesan emosi. Sumber: Kosmo! Online
|
cikatilia replied at 19-9-2023 11:43 AM
anak artis? hahahahahahaha
spesis istimewa ke tu
Fly_over replied at 19-9-2023 12:00 PM
ok baru iols fhm respond mbak dukun. deyols retis ni risau dan mbayangkan kalau anak depa kena kecam ...
Buritan replied at 20-9-2023 08:51 AM
Aku kalo jd retiss.. anak aku.. aku sumbat dlm beg.. org tak tau aku ade anak brp org pungg.. rupe ...
ADVERTISEMENT