CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tahniah Kau Dah Buka Ruang Untuk Semua Orang Kutuk Islam Dan Melayu," -Caprice Dikutuk Tubuh NGO Munafik Hunters

19-9-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1898| Komen: 2

Tindakan Caprice untuk membantu mangsa-mangsa jenayah seksual menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang digelar sebagai Munafik Hunters menerima pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

Ada yang melabelkan Munafik Hunters sebagai medan untuk orang ramai mengutuk dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu termasuklah menyebarkan aib masyarakat.


Foto: IG

“Apa job scope Munafik Hunter ni? Sebar aib?

“Akhir zaman. Tahniah Cap kau dah buka ruang untuk semua orang kutuk Islam dan Melayu. Lepas tu biar orang berbalah dekat komen. Hebat kau Cap!

“Munafik Hunter? Buat kerja Tuhan ke nak menilai seseorang tu munafik ke tak?,” komen netizen.



Meskipun menerima pelbagai komen negatif berhubung tindakannya itu, namun terdapat segelintir warganet yang bersetuju dan memuji tindakannya yang berani  mengetengahkan isu-isu sensitif  kepada umum.

“Terbaik Cap..orang lain tau complain je, tolong tak nak. Semoga terus sukses.

“Predators are shivering.

“Yang lain semua bersangka baik je. Jadi kat diri sendiri, baru ada akal.


“Steady brother! Gunakan platform yang ada dengan sebaiknya.

“Terbaik! Kalau dia cakap dia mesti buat,” komen netizen.


Caprice kini kelihatan sedang rancak mengumpulkan ahli Munafik Hunters menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Terdahulu, Caprice atau nama penuhnya, Ariz Aziz, 33, mengambil keputusan mewujudkan Munafik Hunters selepas menerima lebih 500 aduan dalam tempoh 24 jam membabitkan kes jenayah seksual. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 19-9-2023 01:19 PM
Dia ni memang satu hal. Tapi penunggang agama tu tak nak kecam? Itu lagi najis tau.
Quote Perawankota 19-9-2023 02:00 PM
Semua gila…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.138131 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top