CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Beri Hadiah Kuda Untuk Persediaan Intan Najuwa Bela Anak

19-9-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1942| Komen: 13

Ramai turut kongsi kegembiraan selepas Datin Intan Najuwa menerima hadiah seekor kuda putih sempena ulang tahun kelahiran ke-26 daripada suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman.

Namun katanya dia tidak tahu menunggang kuda namun percaya pemberian kuda itu adalah usaha suaminya untuk melihat dirinya melakukan aktiviti riadah.


Foto: IG

“Ini kejutan sebab tiba-tiba dia sudah beli kuda. Sebab saya ada tanya juga, biasalah perempuankan tanya tak ada hadiah ke?

“Tapi saya tidak sangka pula dapat hadiah kuda. Selalu orang beri coklat, bunga sebagai hadiah.


“Saya tahu tujuan dia beli kuda itu sebenarnya sebab saya pemalas. Tak ada bersenam sangat atau lakukan aktiviti luar. Jadi dia mungkin mahu saya bangun pagi ada aktiviti nak buat.

“Dan saya tak pandai menunggang kuda pun jadi saya fikir dia memang mahu saya belajar untuk melakukan aktiviti luar,”katanya kepada XTRA.


Dalam pada itu, Intan memberitahu dia lebih bertanggungjawab menjaga haiwan tersebut yang diberi nama Trulala sebagai persediaan untuk ada anak kelak.

“Tanggungjawab ada kuda atau memelihara haiwan lain itu besar. Belajar dululah mana tahu pada masa akan datang kita ada anak pula ke, jadi kita belajar dulu jaga kuda,” ujarnya ketawa.


Untuk rekod, Intan dan Asraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 19-9-2023 10:09 AM
Hari tu iols ada.mimpi Kuda Putih..
Apakah tandanya?
Huhu...cantik plak Kuda Putih Ni kan
Quote Nizleen86 19-9-2023 10:16 AM
Setiap satu hadiah nak kena bukak thread ke?
Quote emera 19-9-2023 10:29 AM
Time wangiiiii….. enjoyyyyy!!!
Quote krukx 19-9-2023 11:02 AM
Kuda Padi ke tu? Tengah bahagia semua benda kau nk hupdate.
Tak leh blah dulu ada video dia nk ambik injection apa entah & dia takut. Mak dia ckp "kata anak doktor". Sah2 yg doktor tu bapak tiri dia. Gigih nk bg nertizen tau yg kununnya anak dia tu dr family berkelas. Gambit tu parents doktor pakar jantung. Tak pernah brag pun
Quote Hoola 19-9-2023 11:11 AM
huntungla dpt bday present kudaaa......
mmg lvl2 kygan dh biasa kuda, polo ni semuaaaa
no need to justify pjg lebar to netijemmm
we knowwww

Quote ninnamina 19-9-2023 11:15 AM
harap kuda tu tok lakinya hadiahkan kat diri sendiri jugak bagi beriadah bersukan sihat slim fit sama2
Quote moonela 19-9-2023 11:16 AM
krukx replied at 19-9-2023 11:02 AM
Kuda Padi ke tu? Tengah bahagia semua benda kau nk hupdate.
Tak leh blah dulu ada video dia nk ambi ...

Realitinya macam tu lah uols Surgeon Prince Court kat majlis keraian pun humble jah
orang tak tau pun dia surgeon




Quote gideoncross 19-9-2023 01:16 PM
emera replied at 19-9-2023 10:29 AM
Time wangiiiii….. enjoyyyyy!!!

Kentut tngh wangi, biarkannnn, psl ayam msk kicap pun biarkannnn.
Quote PuanSufi 19-9-2023 01:26 PM
HMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
Quote Sazreena 19-9-2023 05:44 PM
Perah lah selagi mampu dan berseleraaa...
Quote sleepandream 19-9-2023 08:16 PM
malam2 nnt sape pulak yg jadi kuda
Quote Kangkung1M 19-9-2023 08:56 PM
Edited by Kangkung1M at 19-9-2023 09:26 AM
shernazz replied at 18-9-2023 10:09 PM
Hari tu iols ada.mimpi Kuda Putih..
Apakah tandanya?
Huhu...cantik plak Kuda Putih Ni kan

Sebab thread ni ada kaitan dengan haiwan kesayangan, I nak tumpang umumkan sesuatu.

Blake, hero comel dari Unit Anjing Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dah ditidurkan semalam sebab sakit kanser darah tahap 4.  

[TikTok]7280518097113500935[/TikTok]
Semasa perarakan Hari Kebangsaan tempoh hari, ramai tercari- cari keberadaan Blake. Abang bomba beritahu Blake tak dapat join sebab cedera. Rupa- rupanya Blake tengah sakit.

Selamat tinggal, Blake.

[Tiktok]7280461037466324242[/TikTok]
Dan, terima kasih.

[TikTok]7178950542306053403[/TikTok]
Quote shernazz 20-9-2023 09:03 AM
Kangkung1M replied at 19-9-2023 08:56 PM
Sebab thread ni ada kaitan dengan haiwan kesayangan, I nak tumpang umumkan sesuatu.

Blake, hero co ...

Haah la..iols pung tercari2.blake mana laaa..
Rupanya sakit ya
Tqtq kekkung kerana Beri info di sini...
Selamat Jalan Blake

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.083520 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top