CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Tidak Mahu Orang Sebut Ziyad Anak Angkat, Jaga Perasaan Dia’ – Iqbal Zulkefli

18-9-2023 11:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10955| Komen: 7

Penyanyi dan usahawan, Iqbal Zulkefli berharap orang ramai berhenti memanggil anaknya, Ahmad Ziyad dengan gelaran ‘anak angkat’.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqbal berkata dia risau sekiranya anak kecil itu akan terasa hati jika dipanggil dengan gelaran tersebut.



"Saya tidak mahu orang menyebut Ziyad ‘anak angkat’ kerana dia sudah semakin mengerti. Tidak mahu dia terasa hati. Kita jaga perasaan dia," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Iqbal turut mengimbau semula dakwaan netizen yang mengatakan tujuan dia mengambil anak angkat kerana mahu membuat konten dan meraih populariti semata-mata.

Hal tersebut seakan dinafikan pelantun lagu Hujan itu apabila dia menjelaskan sepanjang tempoh anak kecil itu di bawah jagaannya, dia jarang sekali berkongsi kepada umum.


"Terkenang suatu ketika ramai yang menuduh saya mengambil anak angkat hanya untuk konten dan meraih populariti.

"Hampir dua tahun Ziyad di pelukkan saya, ternyata tidak lebih 10 video Ziyad yang saya tayangkan di media sosial walaupun saya tahu kebanyakkannya mendapat tontonan satu hingga tiga juta.

"Tidak semua perkara saya paparkan pada umum. Hidup saya ada prinsip, tidak lebih 30 peratus saya paparkan kepada umum," tambahnya lagi.

Untuk info, Iqbal mengambil Ahmad Ziyad sebagai anak angkat pada April tahun lalu.


Sumber: Oh Bulan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 19-9-2023 12:42 AM
Tengku Amir pun elok je semua tau dia anak angkat.

Baik bgtau dari awal anak tu anak angkat daripada menyusahkan dia di kemudian hari.
Quote Antifake 19-9-2023 05:13 AM
Kalau dia dah besar pon dia tanya gak kalau bapaknya single lagi..
Quote prince_marhaen 19-9-2023 08:48 AM
lagi malu kalau dia tau bapak dia ponen bottom gundu yang acah2 stim tengok pompuan termasuk Insp Shiela yenna tu...
Quote Robitadotcom 19-9-2023 09:16 AM
Tak ke pelik budak tu nanti bapak ada tp mak takde patu claim bukan anak angkat. Acah la ko ni terpaling bapak
Quote LadyWhistledown 19-9-2023 09:44 AM
jaga baik2. make sure buat document ke agreement betul2. jangan jadi macam terlajak laris. yg boy nampak la elok dijaga mak kandung. yg girl tu tak tau hilang tanpa kesan. tak tau la apa jadi dgn girl tu. sian dia..
Quote shushhouse 10-10-2023 04:55 PM
It's normal that the boy will show up later, but she won't be able to say that he wasn't an adoptive child. heed the warnings Ensure that the agreement document is made accurately. Try not to emulate a bestseller. The boy looks nice. soccer random
Quote salimrock 10-10-2023 05:01 PM
kalo pasangan takde anak takpe aku paham


ni dia takde bini nak cakap cam mana?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.045347 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top