CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pipi Nampak Kecil, Nadeera Nafi 'Buat' Muka

18-9-2023 09:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12335| Komen: 0

Perubahan pada wajah penyanyi Nadeera Zaini mencuri perhatian ramai sehingga ada yang menyangka dia melakukan pembedahan plastik bagi mengubah penampilan.

Menafikan perkara tersebut, Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, bagaimanapun memberitahu perubahan tersebut kemungkinan disebabkan penurunan berat badannya sekarang ini.



Dalam masa sama, dia juga sedar netizen boleh membuat sebarang tanggapan apabila mula melihat perbezaan pada penampilannya kini.

"Saya tak pernah buat muka (pembedahan plastik). Mungkin sebab berat badan saya dah turun, jadi ada nampak beza sedikit pada wajah.

"Muka saya sama sahaja, cuma mungkin sekarang bahagian pipi nampak kecil sedikit.

"Saya tak boleh nak tutup mulut orang dari terus bercakap. Mereka boleh bandingkan gambar saya dahulu dan sekarang untuk lihat adakah benar saya buat pembedahan," katanya ketika dihubungi mStar.



Nadeera mengulas perkara itu selepas banyak menerima tanggapan negatif netizen kerana dikatakan sanggup melakukan pembedahan plastik.

Tambah juara Big Stage 2023 ini, dia mengamalkan diet serta senaman sejak tamat program tersebut sehingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram berbanding 52 kilogram sebelum ini.

"Saya nak turunkan berat badan sebab perlukan stamina ketika menyanyi. Bukan sekadar untuk nampak cantik sahaja.

"Sejak menyertai BS2023 saya sedar kurang stamina ketika menyanyi, jadi perlu buat sesuatu untuk naikkan stamina.

"Selain senaman jogging saya juga hanya makan dua kali sehari. Namun saya tidaklah amalkan diet keterlaluan atau ambil sebarang suplemen. Saya nak sasarkan untuk capai berat badan sekitar 40 kilogram," ujarnya.


Sementara itu bercakap tentang persembahan bersama Cakra Khan di Konsert Dream Collaboration Vol. 4 di Zepp Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, Nadeera meluahkan rasa teruja kerana ini pertama kali dia berduet dengan artis luar negara.

"Memang sangat gementar nak berduet dengan Cakra kerana dia seorang penyanyi hebat di Indonesia. Saya dapat rasakan sesuatu yang berbeza apabila berduet dengan penyanyi profesional seperti dia.

"Ini persembahan pertama saya dengan artis luar. Semestinya saya amat bersyukur dengan peluang ini dan tidak akan dilupakan," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.107828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top