CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Memang Ada Hidangkan Alkohol," -Sasya Dolla

18-9-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6627| Komen: 19

Syasya menerima kecaman netizen kerana didakwa mengambil minuman keras semasa hadir ke sebuah acara.

Namun ahli kumpulan Dolla itu menafikan dan mengatakan ianya fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan imejnya.


Foto: IG

“Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.

“Jadi kenyataan yang kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah. Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum. Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan,” katanya kepada mStar.


Selain itu, namanya juga turut diperkatakan apabila dilihat tidak profesional dan bersikap sambil lewa semasa temu bual bersama media.

Menurut Syasya, suntingan video yang tular di media sosial itu hanyalah salah faham.



“Kalau lihat video penuh, saya sentiasa senyum sepanjang temu bual itu dan saya berpewatakan seperti biasa.

“Mungkin disebabkan suntingan yang tersebar di media sosial, ramai yang salah faham.

“Saya minta maaf kalau ada yang anggap saya kurang ajar. Selepas ini saya akan lebih profesional,” ujarnya.



Sementara itu, Syasya memohon orang ramai agar tidak mudah membuat andaian tanpa sebarang usul periksa.

“Orang-orang kenal rapat pasti tahu saya tidak akan melakukan perkara yang boleh memudaratkan populariti Dolla, nama baik agama dan keluarga.


“Saya bekerja mencari duit dan keluarga percayakan saya. Saya minta maaf jika yang tersebar sebelum ini menjadi ajaran buruk kepada golongan remaja.

“Tidak semua perkara di Internet boleh dipercayai. Perkara yang tersebar sebelum ini bukanlah diri saya yang sebenar,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 18-9-2023 04:50 PM
Gitula nitizen mulayu islam...ko jgn minum arak dan makan babi dan anjing...tp kalau bab lain x pe..
Quote CandyK 18-9-2023 04:58 PM
Emm i suka dolla tapi syasya ni confident betul tayang perut dia tu walaupun boleh tahan tebal
Quote msdummy.2018 18-9-2023 05:03 PM
Edited by msdummy.2018 at 18-9-2023 05:05 PM

Aku cuma nk ckp kalo body xberapa nk jadi mcm tin e or maria...xyah tayang hokey
Quote MisXoXo 18-9-2023 05:45 PM
Muka syasya sebijik nenek dia.pelakon kan
Quote bottompro 18-9-2023 05:49 PM
Wow sampai ternampak spende hitam ye posing dgn short skirt
Quote salimrock 18-9-2023 05:51 PM
MisXoXo replied at 18-9-2023 05:45 PM
Muka syasya sebijik nenek dia.pelakon kan

sapa nenek dia?
Quote scarflicious 18-9-2023 05:54 PM
Aku suka semua Dolla... Walaupun peha dia besar sikit.
Quote LadyWhistledown 18-9-2023 06:05 PM
nenek dia berlakon bagus..
Quote olezzeli17 18-9-2023 06:19 PM
salimrock replied at 18-9-2023 05:51 PM
sapa nenek dia?

Rozie Othman neneknya. Sekarang ni jarang dah nampak muka dia kat tv.
Quote codenamedream 18-9-2023 07:02 PM
Yakinnya sheols posing gini

1000064953.jpg

Pastu perut tebal... Janganlah tayang.
Toned kan dulu.
Quote zuuu 18-9-2023 07:47 PM
Macam biasa netizen gak yg salah
Quote Bergosip 18-9-2023 08:24 PM
bila freehair dan suka pakai skirt/pants pendek. kena tau cara nak cari code foundation/bedak yang sesuai.

nampak terlalu beza code warna di muka dengan di peha
Quote slyfynx 18-9-2023 08:32 PM
Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan


Ayat ni mcm nak serah tengkok je.
Means kalau ade yang kantoi, baru die nak jelaskan ke.
Skrg xde bukti so x perlu explain pape?
Quote heythere123 18-9-2023 09:25 PM
baru scroll ig sheols, post yang promote peti ais tu macam promote diri sendiri pulak dengan posing cenggitu #donepitenah
Quote heythere123 18-9-2023 09:26 PM
Bergosip replied at 18-9-2023 08:24 PM
bila freehair dan suka pakai skirt/pants pendek. kena tau cara nak cari code foundation/bedak yang s ...

omg yes!!!! beza teruk kan
Quote DeLuna85 19-9-2023 12:50 AM
Lutut berkerak kaki banyak bintik2. Tapi keyakinan tinggi. Body shaming ke ni. Tapi kalau nak copy lisa bp haruslah tip top jaga kulit kaki ye.
Quote she 19-9-2023 12:55 AM
Macik suka Dolla
Da da da damelo
Ewahhh jogettt

Sebenarnya badan deme ni nampak sihat
Idok ler macam idol yang kerempeng terkeluar rusuk
Quote tipah89 19-9-2023 10:38 AM
apsal tone kulit kaki dia beza dari muka n tangan? aku selalu nmpak org kaki putih dari tone tangan n muka ni terbalik..sungguh konpident plak tu dia tayang.
Quote gideoncross 19-9-2023 11:25 AM
she replied at 19-9-2023 12:55 AM
Macik suka Dolla
Da da da damelo
Ewahhh jogettt

Aiol pun layan lagu dorg ni, at least brbakat, yg lain2 retis Melesia cuma psl cerai berai, laki bini & anak2 je.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.070229 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top