Petaling Jaya: Penyanyi rap, Caprice meminta pendakwah bebas, Ebit Lew supaya segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dibuat di dalam podcast bersama Mondy Tatto baru-baru ini.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkata, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah itu beserta bukti. “Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. “Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” katanya dalam satu hantaran di Instagramnya tadi. Selain itu, dalam hantaran sama Caprice juga memaklumkan pihaknya akan memuat naik lagi pendedahan dibuat Mondy pada Jumaat ini. Di dalam video yang dimuat naik di Instagram Caprice itu, Mondy mendakwa dia tidak pernah belajar mengaji serta solat seperti yang dikatakan oleh Ebit sebelum ini. Malah menurut Mondy, dia juga tidak pernah bertemu dengan isteri pendakwah terbabit.
“Aku belum pernah bertemu dengan isterinya. “Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” katanya. Terdahulu, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor pagi tadi. Sumber: Kosmo! Online
|
BellaThePrinces: ebit-capris-mondy.....semua ta ...
haruslah replied at 18-9-2023 07:20 PM
Utk melayu, yg pakai kopiah lg dipercayai
So, paham2 je lah
September14 replied at 18-9-2023 06:35 PM
Apala yg kepris perjuangkn? Mcm dr sdri pun mcm x betul
tora216 replied at 19-9-2023 12:01 AM
Dendam kesumat betul ye kepris dgn si yebit ni ye..
Sedaya upaya dia nak buruk2 kan yebit ni..
Discl ...
ADVERTISEMENT