CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Fokus Karier & Anak, Tak Terburu-Buru Cari Pengganti

18-9-2023 04:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6209| Komen: 41

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, enggan terburu-buru memikirkan soal pengganti selepas tiga bulan berpisah dengan bekas suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, keutamaannya kini mencari duit membesarkan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4, hasil perkongsian hidup selama sembilan tahun dengan Syamsul.



"Saya tak terfikir langsung untuk mencari jodoh. Fokus sekarang mahu mencari duit dan menjadi kaya.

"Soal cinta tolak tepi dulu, saya nak cari duit sendiri. Bila sudah kaya barulah fikirkan soal mencari pengganti.

"Bila bergelar ibu, saya sudah tak fikir sangat soal diri sendiri, tetapi keutamaan lebih kepada anak-anak, kerjaya serta orang terdekat. Saya akan fikir pasal orang lain dulu, keperluan sendiri jatuh nombor dua.

"Lagipun, saya nak besarkan anak-anak, cinta itu nantilah. Kalau ada jodoh, adalah...," katanya yang dilantik sebagai muse barang kemas jenama Trishya & Co, baru-baru ini.


Mengulas hubungan akrab dengan pelakon seberang yang juga rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah pernah memberitahu, hubungannya dengan jejaka berusia 36 tahun itu hanyalah sebagai rakan kongsi.

Namun, bila diusik bagaimana sekiranya hubungan bertukar sebaliknya disebabkan kekerapan bertemu, Puteri Sarah hanya ketawa saat mendengar soalan diajukan kepadanya.


Katanya, dia kerap berjumpa dengan Andi, tetapi hubungan mereka atas dasar profesional memandangkan pelakon itu memiliki perniagaan produk kecantikan dan hijab.

"Secara kebetulan, Andi adalah pengeluar, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan.

"Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur, bulan hadapan kerana kami merancang untuk membuka kilang bagi bagi menjimatkan kos untuk diedarkan ke Singapura.

"Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri," katanya.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 18-9-2023 04:38 PM
bagus sarah. mmg nmpk work hard pn skrg ni. jgn rogol artikel dgn sheshelup sudah la
Quote noor2 18-9-2023 04:41 PM
Lawa baju dia...x payah seksi melekap pun tetap nampak lawa...
Quote Purplehaz 18-9-2023 04:49 PM
Bagus fokus besarkn anak2 dgn sol yg ada ni.
Dh berumur barulah pikir cari jodoh tu nnti.
Kalau dh Jodoh..umur lewat 50+ 60+ pun boleh kawin.
Quote ghalibboy 18-9-2023 05:09 PM
Anak dah ada sepasang, fokus pada anak2 dan kerjaya. Tak perlu terburu2 untuk bernikah semula.
Quote prettyuglybabe 18-9-2023 05:11 PM
kalau rujuk balik dgn sol macam fk dengan dd, mesti ramai happy
Quote anilanil 18-9-2023 05:11 PM
Sayangi diri sendiri dulu PS...
Quote matjerk 18-9-2023 05:47 PM
noor2: Lawa baju dia...x payah seksi  ...

Walaupun dia pun ambasadorr product kurus... tp x gigih pun edit gambar smpai badan melengkung mcm bini popeye
Quote scarflicious 18-9-2023 05:50 PM
Such aa strong lady.
Quote matjerk 18-9-2023 05:50 PM
prettyuglybabe replied at 18-9-2023 05:11 PM
kalau rujuk balik dgn sol macam fk dengan dd, mesti ramai happy


Sol ni jenis perangai egois... lari dari masalah.. notelo to hadap... so better x pyh la.. kan dulu pnh sape ntah reveal.  Yg dia n sarah g somewhere.. pastu Sol marah.   Sarah balik cpt2...kwn tu pun ikut sekali.. tgk rumah dh tunggangbterbalik dah....sol x de.. sarah terus wasap nk mintak maaf... dah kena block..
Quote noor2 18-9-2023 06:07 PM
matjerk replied at 18-9-2023 05:47 PM
Walaupun dia pun ambasadorr product kurus... tp x gigih pun edit gambar smpai badan melengkung mcm  ...

Hehe....sampai depa kata senget2 bangunan dan background...
Quote khaira01 18-9-2023 06:39 PM
Oh nk buka kilang, patut andi arsyil ada di malaysia.

PS ni dh melalui fasa kurus cengkung, fasa depresi sampai slalu dia mention dia xmau dah kurus mcm tu. Hebat jgk belah sana psiko sarah dulu sampai dia rasa dia hodoh. Sedangkan Ps ni model yg cantik waktu tu.
Quote makcun14 18-9-2023 08:24 PM
biasa la janda hot takkan terlepas dari kena gosip. yang penting kali ni cari yang semenggah sikit bukan yang mengongkong semua benda nak buat asik nak halang dari zaman bercinta hingga jadik bini.
Quote Suchi 18-9-2023 08:31 PM
matjerk replied at 18-9-2023 05:50 PM
Sol ni jenis perangai egois... lari dari masalah.. notelo to hadap... so better x pyh la.. kan dul ...

MUA yg cerita ni, dia sama2 keje ngn sarah masa shooting apa tah.
Masa tu Sarah masih jd supply sol tak berani melawan lagi.
NPD kan suka org lemah yg mudah dimanipulasi, takut nak melawan.
Mangsa plak pikir dia yg bersalah walhal dah kena gaslight ngn si narsis tu
Quote ghalibboy 18-9-2023 08:57 PM
Nampak sekarang PS glowing, lega lepas dari masalah rumahtangga. Ye lah , apa guna jadi isteri kpd suami yang sikap mementingkan diri sendiri. PS terlalu ingin keluar dari perkahwinan itu sehingga sanggup tarik saman. Itu menunjukkan betapa derita dan serik PD dgn apa yang ex husband dan  IK buat pada dia.
Kalau saya PS memang akan guna masa ini utk majukan diri sentiasa, spend time with my children and family. Kalau nikah lain, kena jalankan tanggungjawab pula sebagai isteri dan kena memikirkan hati dan perasaan suami baru. Buat menyusahkan diri buat apa
Quote lolipopmanish 18-9-2023 10:08 PM
Helok la tu PS..focus kat diri sendiri & anak2 lebih baikkkkk
Quote sharlenetexas 18-9-2023 11:12 PM
Nmpk lawa pulak sheols pakai jaket seluar kotak2. Asalkan tak tayang babat.
Banding dgn silalat pakai jaket n seluar pink tayang babat terloncat2.

Quote miss_strangers 18-9-2023 11:20 PM
Semoga sheshelop terbacer artikel sifu idola sheols ni di bumi Madinah sana...
Quote lilac85 19-9-2023 12:19 AM
Good vibes
Quote gideoncross 19-9-2023 11:36 AM
prettyuglybabe replied at 18-9-2023 05:11 PM
kalau rujuk balik dgn sol macam fk dengan dd, mesti ramai happy

Yg ni iol stuju

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053554 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top