Ustaz Azhar Idrus menempelak masyarakat Malaysia khususnya golongan peniaga serta para pelanggan yang dikatakan terlalu taksub dengan sesuatu yang viral. "Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beratur. Ini cerdik ke bodoh? Bukannya kita kelaparan enam tahun tiada makanan.
"Itu penyakit akhir zaman, kasih kepada viral, kasih kepada kemegahan dan rasa hebat," ujar pendakwah dari Terengganu itu menerusi satu sesi ceramah, baru-baru ini. Ustaz Azhar turut menegur golongan peniaga di aplikasi TikTok yang memandang ringan soal keberkatan sehingga tergamak melanggar perintah agama dalam mencari keuntungan. "Promosi makanan dalam TikTok sekarang, sebahagiannya bagus. Kenapa? Dia jaga pantang larang dalam Islam. Tapi sebahagian promosi dalam TikTok, haram. Bila haram, perniagaan tiada berkat.
"Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah. Kita nak kejar laku, laris, view tiggi, rating tinggi, orang banyak datang beli. Dan pembeli pun rasa hebat dapat beli benda viral," ujarnya lagi. Dalam ceramah sama, Ustaz Azhar turut menempelak golongan peniaga yang berpakaian tidak menutup aurat sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka. "Nak suruh laku mi goreng, kenapa tunjuk punggung pula? Tu macam tak pakai baju. Pakai baju tapi telanjang. Pakai seluar tapi nampak bentuk dua punggungnya. "Siapa mereka ini? Member of the hell, ahli neraka. Jelas tak lagi? Buat juga? Masuk neraka la. Tak kira jual kat TikTok laku tak laku, viral tak viral, FYP tak peduli. "Langgar pantang larang, go to hell," ujarnya lagi dalam video yang dikongsi oleh seorang individu menerusi aplikasi TikTok. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan teguran Ustaz Azhar berhubung perkara itu. Malah, segelintir netizen turut menyindir golongan peniaga yang didakwa angkuh dan tidak menghiraukan teguran golongan agamawan. "Saya setuju. Kata sesak, hidup semua mahal. Tapi bila makanan viral, beratur macam tak ingat dunia, lupa sesak hidup. "Patutlah ada owner naik angin. Tapi ustaz ni tegur pada semua peniaga, bukan pada dia seorang je. "Orang yang beratur panjang dari malam dia solat kat mana?" tulis beberapa netizen. Baru-baru ini, Ustaz Azhar meraih perhatian ramai selepas mengulas mengenai hukum jual beli secara vendor yang diamalkan oleh peniaga di negara ini. -CARI Sumber: mStar
|
whimsicalmusic: ni la kuasa viral, smpi gigih ...
whimsicalmusic: ni la kuasa viral, smpi gigih ...
makadek: Bodo gila beratur dr tgh malam ...
Cyempaka replied at 18-9-2023 07:14 PM
Salah 1 sebab org suka p beli makanan viral ialah utk tepek kat socmed derang. Masing2 lapar likes l ...
honam replied at 18-9-2023 05:18 PM
jijan seman relax je
ADVERTISEMENT