Baru-baru ini, sebuah portal hiburan berkongsi berita gembira mengenai anak kepada pengacara, Datuk AC Mizal yang bakal melanjutkan pelajaran di luar negara. Pun begitu, tidak semua tumpang gembira dengan berita tersebut. Perkongsian keratan artikel yang dimuat naik di Instagram portal tersebut turut menerima komen menyeru pengacara itu membayar gaji staff SUKE TV yang masih tertunggak dalam kadar segera. Ada antara komen yang mengatakan mendakwa bahawa gaji mereka untuk bulan lalu masih tidak dibayar lagi hingga ke hari ini. Bukan seorang, malah ramai individu yang difahamkan bekerja di SUKE TV mengalami masalah yang sama iaitu gaji tidak dibayar. Malah, ada juga ahli keluarga meluahkan rasa kesal terhadap syarikat SUKE TV yang mengambil ringan hal ini hingga menyusahkan adik-beradik serta anak-anak mereka. Sekadar info, AC Mizal telah membuka stesen televisyen sendiri iaitu SUKE TV pada tahun lalu, dimana pelbagai program ada dibawah rangkaian tersebut. - CARI Sumber: Beautifulnara |
noor2 replied at 18-9-2023 04:13 PM
X suka sungguh kat dia ni sb dia ketepikan anak2 kandung sendiri dari bekas bini pertama....bukan ba ...
kakasotong2 replied at 18-9-2023 04:31 PM
Bukan setakat ketepi, tapi xmengaku anak terus. Punya lah sangkak mamat scam ni. Marah/benci bekas ...
noor2 replied at 18-9-2023 04:13 PM
X suka sungguh kat dia ni sb dia ketepikan anak2 kandung sendiri dari bekas bini pertama....bukan ba ...
Purplehaz replied at 18-9-2023 04:42 PM
Suketv ni merepek jer tgok..entah ape2 promo jual brg ..x pernah suke pun.
noor2 replied at 18-9-2023 04:35 PM
Serius...dia x mengaku?...jantan apa mcm ni...kesian sungguh anak2 tu..apa la perasaan mereka masa ...
ADVERTISEMENT