Bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati mendedahkan bahawa kedudukan jantungnya berada di sebelah kanan tidak seperti kebiasaan manusia lain yang mana kedudukan jantung adalah di sebelah kiri.
Menerusi temu bual bersama penyanyi, Zarul Umbrella, Sharifah Shawati atau nama sebenarnya Sharifah Shawati Syed Mohd berkata dia mengetahui tentang perkara tersebut semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan untuk sesi temu duga pekerjaan. Difahamkan ketika itu dia sedang mencuba untuk mendapatkan pekerjaaan sebagai pramugari. "Ketika itu sedang temu duga, saya pun tak tahu tentang perkara ini. Bila buat pemeriksaan, tengok-tengok jantung saya berada di sebelah kanan," katanya. Menurut Sharifah Shawati, dia hampir tidak berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut kerana pihak pengurusan bimbang akan masalah kesihatannya namun setelah membuat pemeriksaan lanjut dia disahkan normal.
"Saya hampir tak dapat pekerjaan ini kerana mereka fikir ada sesuatu yang tak kena dengan saya. Selepas melakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor, rupa-rupanya ianya normal dan saya sihat walafiat, cuma jantung saya sahaja berada di sebelah kanan. "Saya terkejut dan ketika temu duga itulah baru pertama kali saya tahu yang jantung saya berada di sebalah kanan. Ibu bapa saya juga tidak mengetahuinya. "Alhamdulillah saya dapat pekerjaan itu," katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kisah yang sama seperti bekas penyampai berita tersebut selain ada di antara mereka yang pertama kali mendengar tentang kedudukan jantung seperti itu. Sumber: Oh Bulan
|
supernaturalee replied at 18-9-2023 05:52 AM
presentable
sheols pnh buat buku psl imej ape kan
sleepandream replied at 18-9-2023 02:02 PM
iols tengok lama dah interview ni dkt youtube...
sheols la yg masa jd stewardess kaki clubbing... :l ...
fadz84 replied at 18-9-2023 05:24 PM
Yeke? Hehe.. dia cite dlm temubual ngn zarul tu masa jd stewardess dia gak jd penyampai berita sam ...
ADVERTISEMENT