Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 menemukan ramai anak muda yang mahu terjun ke dalam dunia glamor.
Tidak ketinggalan pelakon baru, Nina Smith, 24 yang turut mencubanya dan berkata ia bonus jika mara ke pusingan seterusnya. Namun, bukan itu yang digossipkan netizen.
Hal ini kerana ayat yang dikeluarkan Nina, 24 menyebabkan klip video itu tular di X (Twitter)
“I mix Mat Salleh, tapi I admit muka I macam Melayu sikit and its has bee insecurities sebenarnya. As I grow older, I started to embrace my look because I’m in the middle. I’m not really looking Mat Salleh and I’m not Malay,” ujarnya dalam temuramah bersama majalah Remaja.
Netizen di Twitter menyatakan mengapa ia dijadikan masalah, adakah bermuka Melayu tidak seglamor muka Mat Salleh?
“Maaf kalau tak cakap, saya tak tau awak mix Mat Salleh, looked ‘pure Malay’ with jawa-jawa sikit,” kata akaun @darkweebz dalam ruangan komen.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang memberikan pandangan bahawa kemungkinan Nina berbeza dengan adik beradik yang lain sehingga menyebabkan pelakon drama Jesnita itu rasa rendah diri.
“Sebab siblings muka mix, dia ja muka Melayu. Pastu siblings dok cakap dia anak angkap, kutip kat tong sampah (typical gurauan Asian pada adik-adik), manalah dia tak insecure, #donebersangkabaik,” ujar akaun @nightowlgeny2. Bagaimanapun, menerusi pencarian Cari, Nina atau nama sebenarnya Amalina Smith merupakan anak tunggal dalam keluarga.
Dia yang berdarah kacukan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) tinggal dengan ibunya di Malaysia yang telah berpisah dengan bapanya yang kini menetap di AS.
Jadi, mungkin gen mak dia lebih kuat kan? - CARI |
dekmieDandy replied at 18-9-2023 02:09 PM
lepas tengok dia punya statement reply baru faham kenapa
sebab nama dia mix kokesen
apedehal replied at 18-9-2023 02:28 PM
Nadia brian tu pun xnmpak mix nya..
Relax arr sistur
ADVERTISEMENT